- Iklan -

PUBG Mobile National Championship Kembali Dengan HAdiah Tunai Sebanyak RM100,000!!!!

PUBG MOBILE National Championship (PMNC) telah menjadi satu pertandingan PUBG MOBILE yang ditunggu-tunggu oleh pemain PUBG MOBILE sebagai sebahagian daripada rangkaian liga profesional. Untuk tahun 2021, PUBG MOBILE dengan bangganya mengumumkan kerjasama mereka bersama Yoodo dan juga Xiaomi untuk PMNC kali ini untuk memberikan pemain PUBG MOBILE yang ingin mendapatkan peluang melayakkan diri ke PUBG MOBILE Pro League MY/SG Musim ke-4 (PMPL MY/SG Musim ke-4). 

PMNC 2021 akan bermula pada 1 Jun sehingga 18 July 2021 dan akan merangkumi beberapa kategori yang berbeza (Skuad, Solo, dan Wanita) dan menawarkan hadiah tunai sebanyak

RM100,000. Perlawanan layak PMNC akan memberikan peluang kepada pemain-pemain di seluruh Malaysia dan akan dibahagikan kepada 4 zon yang berbeza (Zon Erangel, Zon Sanhok, Zon Miramar, dan Zon Karakin). 

  • Zon Erangel – Sabah, Sarawak, Kelantan 
  • Zon Miramar – Perak, Penang, Perlis, Kedah 
  • Zon Karakin – Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Selangor 
  • Zon Sanhok – Terengganu, Pahang, Johor, Melaka 

Dengan ini, pasukan dan pemain yang layak dari kategori Skuad dan Solo akan maju ke Final Zon yang akan berlangsung sepanjang empat minggu, dan akan bertarung untuk mendapatkan slot mereka ke Grand Final. Pada masa yang sama, Grand Final akan bermain dengan 16 pasukan yang terdiri daripada 12 pasukan dari kategori Skuad dan juga 16 pemain dari kategori Solo akan membentuk pasukan mereka sesama mereka. Tambahan juga, Grand Final ini akan berlangsung dengan perlawanan Final di mana pasukan layak daripada kategori Wanita untuk mengukuhkan lagi persaingan antara wanita di dalam industri esukan. Pendaftaran untuk kesemua kategori akan bermula pada 16 Mei 2021. 

Untuk perjalanan ke PMPL MY/SG Musim ke-4, empat pasukan yang tertinggi dari Grand Final PMNC akan mendapatkan slot ke liga, manakala tempat ke-5 sehingga ke-10 akan mencuba sekali lagi dengan bermain sebagai pasukan Wild Card di Grand Final Perlawanan Kelayakan PMPL MY/SG, di mana 4 lagi pasukan akan mendapatkan slot ke liga tersebut. 

Pemain yang ingin menyertai PMNC boleh mendaftarkan diri melalui laman web rasmi PMNC di http://pubgmobile.pmnc2021.com/ bermula 16 Mei 2021.

You might also like