Wiko Harry – Melengkapkan Siri-Y Dengan Keupayaan 4G Pada Harga RM599

Wiko sentiasa melihat kepada penjualan dengan nilai yang terbaik pada harga yang memuaskan. Terbaru tambah satu peranti baru dari Siri-Y, Wiko Harry tampil dengan paparan sebesar 5 inci HD mampu memberikan tontonan hiburan yang lebih menyeronokkan.

Kerangka logam luaran kelihatan agak klasik dengan berat 160g, mempunyai kamera belakang 13 Megapiksel dan kamera depan 5 Megapiksel. Wiko Harry mendapat sokongan 4G LTE berbanding siri-Y yang lain yang masih menggunakan sambungan 3.5G sahaja.

Kekuatan memori bersama RAM sebanyak 3GB dan storan 16GB ini menggunakan Android 7.0 Nougat terbaru dengan Wiko UI bersama-sama.

 

Spesifikasi
Sistem Operasi / UI
Android 7.0 Nougat / Wiko UI
Pemproses MediaTek MT6735 Quad-core 1.3GHz
Rangkaian 4G LTE Cat4
Ukuran 145 x 72.7 x 9.15mm
Berat 160g
Paparan 5.0″, 1280×720 (~294ppi)
Kamera Belakang 13 Megapiksel / Single LED
Kamera Depan 5 Megapiksel / Display Flash
RAM 3GB
ROM 16GB (microSD sehingga 128GB)
Bateri 2500mAh (Non-removable)
Sambungan WiFi: 802.11 b/g/n
Bluetooth: 4.0
micro-USB 2.0 port
3.5 mm stereo audio jack
Warna Anthracite / Emas
Harga RM599

 

You might also like