Google News Tampil Dengan Ruangan Khas Mengenai Covid 19!!! Lebih Mudah & Pantas!

Bagi anda suka membaca berita, Google News mungkin adalah aplikasi yang sesuai buat anda yang sentiasa memaparkan berita terkini dengan pantas. Terbaharu, anda kini boleh mengetahui tentang berita mengenai Covid 19 apabila ia telah diwujudkan bahagian khas mengani isu ini.

Anda boleh lihat isu ini di ruangan kategori Latest yang mana terdapat ruangan khas mengenai Covid 19 yang memaparkan berita tempatan dan dunia.

Anda boleh menggunakan Google Assistant dengan memberi arahan “what’s the latest news on coronavirus” dan ia akan secara terus memamparkan semua informasi mengenari berita berkenaan virus tersebut.

Jadi lebih mudah untuk mengetahui berita terkini tanpa perlu menunggu!!

You might also like