Bulan Ogos Ini vivo Menurunkan Harga V5Plus Dan Kempen Tukar Beli Y66

Menjelang Hari Kemerdekaan yang bakal disambut minggu hadapan, vivo sekali lagi mengadakan promosi eksklusif kepada sesiapa yang berminat untuk membeli peranti vivo V5Plus. Kini, ia ditawarkan pada harga RM1,499 dimana telah dikurangkan sebanyak RM200 daripada harga asal (RM1,699).

Vivo V5Plus dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 625 octa-core 2.0GHz bersama RAM 4GB dan ruang storan sebesar 64GB. Mengutamakan kamera selfie, dua sensor 20MP dan 8MP yang menyokong efek bokeh telah dibekalkan di panel depan. Malah, kamera belakang pula diberikan sensor 16 Megapiksel mampu merakam gambar yang tajam dan jelas.

Di samping itu, bermula 1 Ogos hingga 3 September depan, vivo juga mengadakan kempen tukar beli untuk peranti Y66. Anda hanya perlu mengunjungi mana-mana stor konsep vivo dan dapatkan rebat sebanyak RM100 dengan menukar telefon lama (boleh dihidupkan) kepada vivo Y66 pada harga RM899 sahaja.

Tidak cukup dengan itu, vivo juga mengadakan cabutan bertuah dari tarikh 26 Ogos hingga 3 September 2017, menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM15,000 (RM5,000×1, RM1,000×5, RM500x10, RM100x30).

Cara-cara untuk menyertai Cabutan Bertuah Merdeka vivo:-

  1. Setiap satu (1) pembelian hanya layak untuk satu (1) pendaftaran sahaja.
  2. Peserta perlu memasukkan nombor IMEI semasa cabutan bertuah.
  3. Hadiah wang tunai akan diberikan di stor vivo sejurus peserta diumumkan sebagai pemenang (maklumat peribadi akan diambil jika kedai tidak menyediakan hadiah, peserta akan dihubungi dalam masa satu (1) minggu)
  4. Hadiah wang tunai akan terbatal jika tidak dituntut dalam masa satu (1) minggu.

Untuk maklumat lanjut sila layari terma dan syarat vivo Malaysia.

You might also like