Butiran Samsung Galaxy Watch Active 2 Bocor – Dijangka Hadir Dalam Dua Pilihan Saiz?

Hanya berbaki lebih kurang tiga minggu sahaja lagi Samsung bakal memperkenalkan siri Galaxy Note 10 kepada umum. Lebih menarik, mereka juga dijangka melancarkan Samsung Galaxy Watch Active 2 pada majlis yang sama.

Butiran mengenai Samsung Galaxy Watch Active 2 dikatakan telah bocor – sekaligus mendedahkan spesifikasi penuh peranti. Memetik beberapa sumber, Samsung Galaxy Watch Active 2 dikatakan datang dalam dua saiz berbeza – 40mm dan 44mm.

Untuk model 40mm, ia bakal didatangkan dengan paparan bersaiz 1.2 inci. Manakala model 44mm pula, dilengkapi dengan paparan 1.4 inci. Kedua-dua model bakal menampilkan paparan AMOLED dan mempunyai resolusi 360 x 360.

Selain itu, model 40mm bakal dilengkapi bateri 247mAh, manakala model 44mm pula memuatkan bateri 340 mAh. Kedua-dua model dijangka menggunakan cipset Samsung Exynos 9110 SoC dan storan dalaman 4GB.

Sumber menambah, Samsung bakal melengkapkan model baru ini dengan bezel sentuhan sensitif – di mana ia akan membolehkan pengguna berinteraksi dengan fungsi tanpa perlu menyentuh skrin. Ia juga bakal disertakan sokongan ECG dan pengesanan jatuh.

Menarik bukan? Pun begitu maklumat tertiris masih lagi rumors dan segalanya bakal terjawab selepas kemunculan rasmin yang dijangka diperkenal seiring dengan Samsung Galaxy Note10 pada 7 Ogos kelak (Malaysia : 8 Ogos 2019).

[SUMBER

You might also like