
OPPO Tandatangani Perjanjian Paten Dengan Intel & Ericsson – Bagi Tingkatkan Perniagaan Global
OPPO kini telah menandatangani perjanjian paten dengan Intel – melibatkan pemindahan 58 paten berkaitan teknologi komunikasi mudah alih selular. Di samping itu, OPPO juga telah membeli lebih daripada 500 paten daripada Ericsson – meliputi sejumlah negara termasuk Amerika Syarikat, Eropah, China dan India.
Kepentingan dalam kerjasama ini dapat meningkatkan kapasiti pembangunan teknolgi OPPO – memandangkan syarikat terkemuka itu kini dalam usaha mengembangkan perniagaan di peringkat Global.

Sebagai salah sebuah syarikat terkemuka, OPPO telah melabur banyak teknologi komunikasi canggih – antaranya 5G. Sehingga tahun 2019, OPPO telah menfailkan paten 5G di lebih daripada 20 buah negara di sekuruh dunia. OPPO juga menfailkan lebih daripada 2,200 aplikasi berkaitan teknologi 5G dan menyerahkan lebih 2,600 kertas teknikal kepada 3GPP. OPPO turut mendedahkan lebih 600 paten kepada ETSI dalam usaha membina kedudukan kukuh bagi paten 5G.
OPPO menghormati hak harta intelek – ia mempunyai kepentingan besar dalam mengumpul dan memegang paten. Sehingga 8 Julai 2019. OPPO telah memfailkan lebih daripada 37,000 permohonan paten di seluruh dunia – Keseluruhannya mencecah lebih daripada 11,000 paten.

