Maxis Tambah 10GB Data Untuk Pengguna Pelan MaxisONE

Maxis telah menaiktaraf penawaran data untuk semua pengguna Pelan MaxisONE sebanyak 10GB berbanding sebelum ini. Ia dilakukan secara automatik oleh Maxis dan anda dapat melihat kemas kini pada akaun bermula hari ini.

Kini, pelan MaxisONE 98 menawarkan data sebanyak 30GB, berbanding hanya 20GB sahaja sebelum ini. Ia telah dibahagi kepada dua, iaitu 15GB untuk data harian dan 15GB pada hujung minggu. Malah pelan MaxisONE 128, MaxisONE 158 serta MaxisONE 188 juga masing-masing dinaikkan 10GB menjadikan ianya 40GB, 50GB dan 60GB.

Selain itu, pengguna juga boleh nikmati MaxisONE Share Line dengan 10GB dan panggilan tanpa had, hanya RM48 sebulan. Anda akan mendapat 5GB untuk DataPool dan 5GB data 4G pada hari minggu.

Bagi pengguna pelan MaxisONE, anda boleh menyemak akaun bermula hari ini untuk menikmati penambahan data ini.

You might also like