realme 7 5G Dengan Pemproses MediaTek Dimensity 800U Kini Rasmi !!! – Dijual Pada Harga Kira-Kira RM1515

264

Tidak membiarkan peminat ternanti-nanti, realme kini telah memperkenalkan satu lgi model baharu yang dikenali realme 7 5G yang menawarkan penambahbaikkan dari aspek kuasa dalaman dan peranti ini dijual pada harga bermula  £279 (kira-kira RM1,515).

Jika dilihat daripada spesifikasi yang dihadirkan pada peranti ini sangat menarik apabila ia disertakan dengan skrin 6.5″ FHD+ dan dipadankan dengan kadar segar semula 120Hz.

Dari aspek dalaman pula, ia tampil dengan cip pemproses MediaTek Dimensity 800U dan dipadankan dengan aspek memori iaitu 6GB + 128GB (UFS 2.1),

Kamera juga tidak mengecewakan apabila ia disertakan dengan 48MP + 8MP + 2MP + 2MP bagi kamera belakang dan 16MP bagi kamera hadapan. Kapasiti bateri juga besar apabila ia disertakan dengan 5000mAh dan disertakan dengan pengecasan pantas 30W.