128 Technology Menjalinkan Kerjasama dengan Finther Tecnologica untuk Menyediakan Pelanggan dengan Perkhidmatan SD-WAN yang Selamat dan Berprestasi Tinggi

89

Innovative Communications Technology Membantu Pelanggan FINTEC Melaksanakan Inisiatif Transformasi Digital Dengan Jayanya

BURLINGTON, Mass., 20 Nov. 2020 /PRNewswire/ — 128 Technology, peneraju dalam Session Smart™ Routing, hari ini mengumumkan bahawa ia telah bekerjasama dengan Finther Tecnologica (FINTEC), pengedar butik nilai tambah penyelesaian IT yang inovatif memberi tumpuan kepada penghantaran prestasi aplikasi perniagaan.

Perkongsian ini memberikan syarikat akses kepada gabungan kuat teknologi inovatif Rangkaian Kawasan Lebar yang Ditetapkan Perisian (SD-WAN) dari 128 Technology dan Penyelesaian Prestasi IT FINTEC, satu platform lengkap yang membantu mengubah prestasi aplikasi menjadi satu kelebihan daya saing dengan memberikan maklumat perniagaan, aplikasi yang lebih pantas dan operasi yang dipermudahkan. Penyelesaian bersepadu ini menawarkan pelanggan dengan penyelesaian generasi seterusnya yang menjimatkan kos dan berprestasi tinggi serta menggunakan jalur lebar yang lebih sedikit berbanding penyelesaian tradisional.

“FINTEC merupakan pakar dalam membantu pelanggan mempercepatkan penggunaan persekitaran IT yang canggih dan kompleks, yang menjadi semakin kritikal bagi memastikan kejayaan perniagaan,” kata Kaz Kuroda, Pengarah Urusan APAC, di 128 Teknology. “Kombinasi teknologi SD-WAN inovatif kami dengan platform dan kepakaran mereka yang telah terbukti bakal menghasilkan penyelesaian yang efektif lagi efisien serta menjimatkan kos untuk pelanggan di seluruh rantau ini.”

Session Smart™ Router 128 Technology menggabungkan satah kawalan yang berpusat pada perkhidmatan dan satah data yang menyedari sesi untuk menawarkan penghalaan IP, pengurusan dasar yang kaya dengan ciri, kebolehlihatan yang lebih baik dan analisis yang proaktif. Dengan Session Smart, pelanggan bakal mengalami kecekapan, keselamatan, prestasi dan kesederhanaan yang lebih baik berbanding menggunakan pendekatan yang lain. Session Smart Router juga menggabungkan pendekatan keselamatan kepercayaan sifar di seluruh rangkaian, membantu meningkatkan keselamatan pelanggan.

“Perniagaan masa kini memerlukan penyelesaian yang boleh meningkatkan prestasi persekitaran IT mereka di samping memberikan kebolehlihatan yang lebih besar kepada mereka,” tambah Faizal Bahadon, Pengarah Eksekutif di Finther Tecnologica. “Kami amat teruja untuk menawarkan teknologi selamat dan kos efektif 128 Technology kepada pelanggan kami, sebagai penyelesaian gabungan kami bakal memastikan rangkaian mereka bergerak seiring dengan peningkatan kadar inovasi teknologi.”

Tentang Finther Tecnologica

Finther Tecnologica (juga dikenali sebagai FINTEC) secara rasminya telah ditubuhkan pada bulan Disember 2009 untuk menerajui inisiatif ICT yang berkaitan dengan prestasi Infrastruktur dan Aplikasi. FINTEC membantu organisasi untuk mempunyai kebolehlihatan, mengoptimumkan, mengawal dan mempercepatkan persekitaran IT mereka yang kompleks dengan menggunakan perisian pintar dan inovatif dan perkhidmatan khusus. Matlamatnya adalah untuk menawarkan kepada organisasi kawalan sepenuhnya ke atas persekitaran mereka IT, dengan bekerja bersama-sama ke arah pengurusan IT pencegahan. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.finther.my/

Tentang 128 Technology

128 Technology, sebuah syarikat rangkaian berasaskan perisian, sedang berusaha secara radikal untuk mencipta semula masa depan digital syarikat berdasarkan model baharu untuk rangkaian maya yang dikenali sebagai Session Smart™. Rangkaian pintar sesi membolehkan pelanggan perusahaan dan penyedia perkhidmatan menghasilkan penyelesaian yang menumpukan perkhidmatan yang lebih mudah, tangkas dan selamat, menawarkan prestasi yang lebih baik dengan kos yang lebih rendah. Sama ada syarikat anda sedang menggerakkan perniagaan anda ke awan, memodenkan kelebihan WAN, mencari komunikasi bersepadu yang lebih mantap atau melaksanakan inisiatif internet benda (IIoT), rangkaian Session Smart menjajarkan semula rangkaian dengan inisiatif transformasi digital. Beribu pejabat Burlington, Mass. di sepanjang Route 128, ‘lebuh raya teknologi Amerika’, ‘syarikat ini juga beroperasi di seluruh Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah dan Asia Pasifik. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang 128 Technology, sila layari www.128technology.com.

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:

Karen Falcone
128 Technology
Telefon: 978.501.5487
E-mel: kfalcone@128technology.com  

Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/11/128-technology-menjalinkan-kerjasama-dengan-finther-tecnologica-untuk-menyediakan-pelanggan-dengan-perkhidmatan-sd-wan-yang-selamat-dan-berprestasi-tinggi.jpg  

Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Licensing/marketing agreements

Source: PRNEWSWIRE