
Inginkan Pengoperasian Antaramuka Yang Lebih Lancar?! Tutup Efek Animasi Jer…
Adakah anda merasakan pengoperasian antaramuka peranti Android anda agak perlahan apabila bertukar dari satu aplikasi ke aplikasi yang lain?! Masalah ini penukaran antaramuka yang kelihatan tersekat-sekat ini sebenarnya boleh juga disebabkan oleh efek peralihan dari satu tetingkap ke tetingkap yang lain atau lebih dikenali sebagai efek animasi yang diaktifkan secara standard pada peranti Android. Efek ini sememangnya jelas dirasai pada peranti yang menyokong spesifikasi yang agak rendah atau sederhana, jadi apa kata anda ikuti tips berikut bagi mengatasi masalah tersebut.
⇒ Langkah 1
Aktifkan menu Developer options terlebih dahulu dengan mengakses menu Settings dan diikuti dengan About phone.
⇒ Langkah 2
Klik ruangan Build number sebanyak 7 kali untuk mengaktifkan menu Developer options pada menu Settings sehingga terteranya mesej ‘You are now a developer’.
⇒ Langkah 3
Tekan butang back dan kini anda boleh melihat menu Developer options telah dipaparkan di ruangan Settings dan klik pada menu tersebut.
⇒ Langkah 4
Tatal paparan skrin ke bawah dan cari ruangan Drawing daripada senarai yang ada. Beri perhatian pada tiga menu utama iaitu Window animation scale, Transition animation scale dan juga Animator duration scale.
⇒ Langkah 5
Klik pada menu Window animation scale dan anda boleh melihat terdapat tanda pada pilihan Animation scale 1x.
⇒ Langkah 6
Matikan efek animasi tersebut dengan memilih menu Animation off dan ulang langkah ini untuk menu Transition animation scale dan Animator duration scale. Kini pengoperasian peranti Android anda akan terasa lebih lancar dan pantas berbanding sebelumnya.

