Perang Saman Muncul Kembali, Kali Ini Di Antara Nokia & Apple

1Nokia awal hari ini mengumumkan bahawa sedang mengambil langkah menyaman Apple di Eropah dan Amerika Syarikat bagi kesalahan pelanggaran paten. Dalam kenyataan akhbar memperincikan berita saman itu, Nokia mengatakan bahawa ia memutuskan untuk mengheret Apple ke mahkamah selepas “beberapa tahun rundingan” telah gagal untuk menghasilkan satu perjanjian pelesenan yang saling menguntungkan pelbagai pihak.

Nokia mendakwa Apple telah melanggar kira-kira 32 paten teknologi mudah alih di antara mereka berkaitan paparan, antara muka pengguna, perisian, antena, cip dan video coding. Nokia sebelum ini pernah menyaman Apple bagi pelanggaran paten pada tahun 2009, mencetuskan pertempuran undang-undang di antara kedua-dua syarikat yang berlanjutan sehingga tahun 2011.

You might also like