
ZTE Memfailkan Paten Lubang Kamera Lebih Tersembunyi Pada Skrin – Lebih Menarik Daripada Jenama Lain?!
Sebelum ini Samsung dan HUAWEI nova 4 telahpun menggunakan rekaan Infinity-O pada kamera hadapan peranti mereka, kini ZTE yang tidak asing dalam arena peranti pintar turut memaparkan paten baharu mereka yang lebih menawan.
Paten yang difailkan kepada World Intellectual Property Organization (WIPO) pada bulan April yang lalu menunjukkan rekaan lubang kamera yang sangat kecil pada skrin, dan terkini paten ini telah diluluskan.
Apa yang lebih menarik dan unik adalah kedudukan lubang kamera bukan sahaja kecil, malah telah ditempatkan pada bar status. Unbelievable kan?!
Selain itu, paten ini akan menyokong teknologi “Sound on Display” bagi menggantikan ketiadaan lubang earpiece. Ini bermakna speaker/mic akan diletakkan di bahagian bawah skrin menjadikan penampilan peranti yang menggunakan rekaan ini tampil lebih menarik.
[ SUMBER ]
____________________
BACA JUGA:
- Digi & ZTE Menandatangani MoU Untuk Meneroka Inovasi 5G Buat Malaysia
- ZTE Bakal Menawarkan Telefon Pintar 5G Bermula Hujung Tahun Ini

