Honor 6X Versi 4GB RAM Mendapat Penurunan Harga, Kini RM1,199 (Asal RM1,399)

Honor Malaysia dengan senang hati mengumumkan penurunan harga sebanyak RM200 untuk model Honor 6X versi 4GB RAM dan 64GB ROM. Pada awal tahun lalu, telefon pintar ini telah diperkenalkan di Malaysia dengan tanda harga RM1,399 manakala varian dibawahnya RM1,199 menyediakan RAM sebanyak 3GB. Sebagai menghargai pelanggan yang sentiasa menyokong Honor, harga baharu ini akan dikuatkuasakan bermula esok bersamaan 1 Ogos 2017.

Peranti ini dikuasakan oleh pemproses Kirin 655 lapan teras serta kapasiti RAM sehingga 4GB. Paparan yang bersaiz 5.5 inci ini menghasilkan resolusi sehingga HD penuh 1080p serta dibekalkan bateri sebesar 3,340mAh.

Orentasi kamera belakang Honor 6X diletakkan menegak dengan kehadiran sensor 12 dan 2 Megapiksel. Secara tidak langsung, dua lensa kamera ini sekaligus memberikan pengalaman foto diluar jangkaan. Pengoperasian yang efisyen menawarkan penggunaan bateri yang tahan lama sehingga 2 hari lebih dengan sekali pengecasan.

Pelanggan yang tidak mahu melepaskan peluang, boleh membuat pembelian di laman e-dagang vmall Malaysia bermula esok.

You might also like