Maybank Akan Guna Secure2U, Gantikan SMS TAC Pada Semua Transaksi

Jika sebelum ini, Maybank menggunakan SMS TAC untuk mendapatkan pengesahan transaksi, namun ia akan bertukar apabila Maybank mengumumkan pertukaran kepada penggunaan perbankan Secure2u pada aplikasi mudah-alih Maybank.

Pertukaran ini akan berkuatkuasa pada 22 Januari ini. Tindakan ini dilakukan bagi menjamin transaksi yang berlaku adalah lebih selamat dan mudah berbanding SMS TAC dahulu.

Antara transaksi yang terlibat adalah Instant Transfer, Interbank Giro Transfer, tambah nilai prabayar dan pembayaran bil.

Bagi yang belum mengetahui Secure2U ialah kaedah pengesahan transaksi baru yang ditawarkan dalam bentuk Secure Verification atau Secure TAC menerusi aplikasi mudah alih. Secure2U ini akan dipautkan pada akaun Maybank2U dan peranti anda.

Baca juga: 

You might also like