Nikmati Perjalanan Intergalaksi ‘Star Wars: The Last Jedi’ Dengan Grab

 

Sempena menyambut pelancaran filem Star Wars: The Last Jedi, pengguna Grab di Malaysia kini boleh menikmati perjalanan intergalaksi bertemakan filem yang bakal ditayangkan pada 14 Disember ini. Pengguna perkhidmatan Grab kini sudah boleh menukarkan aplikasi Grab ke tema penuh Star Wars: The Last Jedi untuk tempoh 5 minggu.

Cara mengaktifkan tema Star Wars: The Last Jedi:

  • Klik pada Menu di sebelah kiri paparan aplikasi Grab.
  • Pilih Settings.
  • Aktifkan skin Star Wars.
  • Kini tema Star Wars telah diaktifkan.
Sebelum dan selepas bertukar ke tema Grab Star Wars: The Last Jedi.
Selain itu, pelanggan perkhidmatan Grab juga boleh menikmati pelbagai ganjaran eksklusif Star Wars: The Last Jedi dalam kuantiti yang terhad melalui katalog GrabRewards menggunakan poin yang telah dikumpulkan. Antara barangan yang boleh ditebus adalah seperti berikut:

Tidak cukup dengan itu, Grab turut menyediakan cabaran mingguan yang perlu disahut oleh pelanggan bagi memenangi pelbagai hadiah eksklusif dari Star Wars: The Last Jedi seperti model BB-8 atau BB-9E, set LEGO, dan juga perjalanan percuma ke Rancho Obi-Wan di California, Amerika Syarikat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Grab Malaysia atau Facebook GrabMY.

You might also like