Adobe Memperlihatkan Kebolehan Menyunting Gambar Dengan Bantuan AI

1Teknologi kecerdasan buatan (AI) dan virtual reality (VR) mendominasi ruang teknologi masa kini dengan pengeluar dan pembina aplikasi berlumba-lumba memasang teknologi ini pada produk mereka. Teknologi ini mengubah dengan drastik cara kita sebagai pengguna menggunakan aplikasi dan menikmati hiburan pada peranti.

Terbaru Adobe memperlihatkan sesuatu yang benar-benar hebat pada pendapat kami. Kita kerap kali membayangkan versi terakhir suntingan gambar di minda namun gagal mendapatkan apa yang dibayangkan, lainlah jika anda memang benar-benar mahir menggunakan aplikasi suntingan. Dengan meletakkan AI di dalam aplikasi suntingan Adobe, suntingan gambar boleh dilakukan dengan memberi arahan suara sahaja, jadi anda tidak perlu lagi tercari-cari tools dan fungsi di dalam aplikasi. AI akan mengecam arahan anda dan melakukan suntingan sewajarnya pada gambar.

Fungsi ini masih belum bersedia untuk digunakan umum, namun Adobe sedang bertungkus lumus merealisasikan fungsi ini untuk digunakan pada masa hadapan.

You might also like