Reviu Eksklusif: Samsung Galaxy A9 Pro, Phablet Dengan Prestasi Terbaik Di Pasaran

Samsung sememangnya satu jenama yang agak kukuh di pasaran tempatan. Pada tahun 2016, Samsung kembali dengan model dari siri ‘A’ yang memperlihatkan peningkatan yang agak baik. Walaupun masih menggunakan nama yang sama, ianya telah menambahkan (2016) pada belakangnya sahaja. Sejak dari kemunculan model dari siri ‘A’ yang menampilkan ciri-ciri premium, nampaknya Samsung telah komited untuk terus memperbaiki setiap aspek siri tersebut dengan kemunculan model terbaru yang dikenali sebagai Samsung Galaxy A9 Pro. Ingin mengetahui apakah penambahbaikan spesifikasi dan juga keistimewaan fungsi yang ditawarkan oleh phablet berskrin 6.0 inci ini, apa kata anda teruskan membaca.

MENGAPA ANDA PERLU MEMILIH SMARTPHONE INI?!

mering138_pg062HARGA: RM1999

SPESIFIKASI: PERBANDINGAN ANTARA MODEL

Apabila disebut sahaja tentang phablet, Samsung merupakan salah satu model yang sering mendapat perhatian dengan kemunculan Galaxy A9 Pro yang sememangnya memiliki keistimewaan yang tersendiri berbanding smartphone lain yang tampil dengan paparan skrin yang besar. Ini kerana ia telah dikuasakan dengan pemproses Snapdragon 652 yang menawarkan prestasi setanding pemproses terbaik di pasaran. Jadi bagi melihat sendiri apakah peningkatan spesifikasi Galaxy A9 Pro ini, editor akan membandingkannya dengan tiga lagi model iaitu Huawei Mate S, Sony Xperia XA Ultra dan juga OPPO R7 Plus

mering138_pg063

CIRI-CIRI MENARIK

Penggambaran Utama & Depan

utamaKelebihan yang dimiliki oleh Galaxy A9 Pro pastinya lensa penggambarannya beresolusi 16 Megapiksel dengan sokongan OIS, auto fokus dan juga LED flash. Sensor kamera ini turut menawarkan Aperture f/1.9 bagi memastikan hasil gambar yang lebih terang dan dalam masa yang sama mengurangkan isu noise.

depanManakala bagi yang gemar berselfie pula, Galaxy A9 Pro telah dibekalkan lensa hadapan beresolusi 8 Megapiksel bersama sokongan mod Selfie, Beauty serta Wide Selfie untuk yang gemar selfie berkumpulan.

Kaedah Pengesahan Biometrik

editBagi mereka yang sangat mementingkan aspek keselamatan smartphone Android daripada diakses oleh individu yang tidak diingini, Galaxy A9 Pro adalah salah satu pilihan yang terbaik buat anda. Ini kerana, peranti ini telah dilengkapi dengan sokongan kaedah pengimbas cap jari yang boleh mengakses sebanyak lima jari dalam satu-satu masa. Lebih menarik lagi, anda boleh mengakses jari dalam pelbagai posisi kerana ianya 360 darjah.

Smart Manager

editTanpa perlu menggunakan aplikasi pihak ketiga, pengurusan peranti terasa lebih mudah dengan adanya sokongan Smart Manager. Aplikasi ini menyokong empat menu pengurusan iaitu bateri, storan, RAM dan juga keselamatan peranti. Selain itu, ia juga turut disediakan dengan butang ‘CLEAN ALL’ untuk memastikan kelancaran pengoperasian peranti.

S Bike Mode

s-bike-modeFungsi ini digunakan untuk melatih anda mempraktikkan pemanduan dan penunggangan yang selamat. Ia akan menapis segala panggilan dan aktiviti pada smartphone anda supaya kekal fokus ketika menggunakan kenderaan, tidak kisah sama ada motor atau kereta. Sebaik sahaja peranti mengesan anda sudah berhenti dan selamat untuk menggunakan smartphone, ia akan memaparkan notifikasi ringkas aktiviti smartphone. Aplikasi ini juga boleh disambungkan dengan pelekat NFC bagi memudahkan pengaktifan mod.

Smart Screenshot

smart-screenshotKini anda boleh menggambil screenshot yang lebih panjang dengan adanya fungsi baru, Smart Screenshot. Bagaimana mengaktifkan fungsi ini? Hanya perlu tekan butang ‘Power’ dan ‘Menu’ serentak, kemudian pilih ‘Capture More’ untuk mengambil screenshot. Smart Screenshot sangat praktikal bagi membolehkan anda mengambil screenshot yang lebih panjang terutamanya untuk paparan laman web.

HASIL SMART SCREENSHOThasil-smart-screenshot

Pengecasan Pantas

Samsung Galaxy A9 Pro dilengkapi dengan bateri berkapasiti 5000 mAh serta sokong teknologi Power Saving Mode dan Ultra Power Saving Mode. Fungsi ini akan mematikan semua aplikasi yang tidak digunakan, dan dalam masa yang sama ia dikatakan mampu menawarkan masa penggunaan yang agak panjang berbanding dengan penggunaan biasa. Lebih menariknya, masa mengecas juga terasa jauh lebih pantas dengan adanya sokongan teknologi pengecas pantas 9V/2A yang mampu mengecas dari 0% hingga 100% dalam masa hanya 2 jam 5 minit sahaja.

a
Bateri mula dicas apabila bateri hanya tinggal 30%
b
Selepas 30 minit dicas peratusan bateri naik sebanyak 52
c
Selepas 1 jam dicas peratusan bateri naik mencecah 75%
d
Dari 50% hingga 85% ia hanya mengambil masa selama lebih kurang 45 minit

Pemproses Berkuasa

ujian

Rumusan

Walaupun kesemuanya phablet yang dipertaruhkan ini menyokong pemproses Octa Core, Huawei Mate 8 merupakan phablet yang paling berkuasa dengan kelajuan mencecah 2.3GHz. Jika dilihat pada ujian yang dijalankan sendiri oleh editor, semuanya berpihak kepada Huawei Mate 8, cuma ujian Basemark X sahaja yang dimenangi oleh Galaxy A9 Pro. Namun begitu, Galaxy A9 Pro masih berbaloi untuk dimiliki kerana ia menawarkan harga jualan yang lebih murah berbanding Huawei Mate 8.  

HASIL GAMBAR

Outdoor (HDR)

outdoor-hdr-1a outdoor-hdr-1b

  • Kategori             : Sunsets            
  • Flash mode        : No flash
  • Piksel                 : 4608 x 3456
  • Saiz                    : 4.84 MB
Makro

makro

  • Kategori             : Food              
  • Flash mode        : No flash
  • Piksel                 : 4608 x 3456
  • Saiz                    : 3.00 MB
Malam

malam-1a malam-1b

  • Kategori             : Snow              
  • Flash mode        : No flash
  • Piksel                 : 4608 x 3456
  • Saiz                    : 4.77 MB

KESIMPULAN

PRO
  • Walaupun menyokong paparan skrin yang besar mencecah 6.0 inci, ia tampil dengan kerangka logam yang premium dan kompak setanding saiz peranti yang menyokong paparan skrin 5.7 inci.
  • Kapasiti bateri yang besar mencecah 5000 mAh bukan sahaja menjanjikan hayat bateri yang sangat baik, malah sokongan teknologi pengecas pantas pula memastikan masa mengecas yang lebih cepat.
  • Pengimbas cap jari yang sangat responsif ini turut boleh digunakan dalam pelbagai posisi kerana ianya 360 darjah serta menyokong sehingga lima jari dalam satu-satu masa.
  • Sokongan pelbagai fungsi baru yang menarik seperti Smart Manager, S Bike Mode, Smart Screenshot, S Health sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan.
  • Tidak seperti model sebelum ini yang menyokong kad SIM jenis hibrid, Samsung Galaxy A9 Pro hadir dengan tiga slot yang boleh digunakan untuk dua slot kad SIM jenis Nano SIM serta slot untuk kad memori tambahan yang berada di bahagian top peranti.
KONTRA
  • Masih lagi menggunakan port jenis microUSB dan bukannya port terbaru jenis USB Type-C.
  • Paparan skrin berukuran 6.0 inci dengan sokongan resolusi 1920 x 1080 piksel bukanlah sesuatu yang mengecewakan, tetapi adalah lebih baik sekiranya ia tampil dengan resolusi 2K sebagaimana flagship yang lain.

 

 

 

You might also like