Jualan Hari Pertama OPPO Reno2 Mencatatkan Peningkatan Yang Menakjubkan!!!

Peranti terbaharu daripada OPPO iaitu OPPO Reno2 meneruskan langkah cemerlangnya apabila jualan pada hari pertama telah mencatatkan peningkatan 2 kali ganda berbanding model terdahulu.

Kemeriahan sambutan jelajah jualan OPPO Reno2 sangat dinanti apabila orang ramai sudah mula beratur seawal jap 6 pagi bagi membeli peranti OPPO Reno2 ini.

Sebanyak 1000 orang terawal yang membeli peranti tersebut akan mendapat hadiah percumah bernilai RM1067. Antara hadiah percuma yang boleh dimiliki adalah OPPO Reno Exclusive bag(RM199), VOOC Powerbank (RM269) dan OPPO Enco Q1 Noice Cancelling Headphone (RM599).

Penyanyi terkenal antarabangsa, Eric Chou turut melakukan persembahan yang disaksikan oleh peminat di Sunway Pyramid.

Bagi mereka yang ingin memiliki boleh membeli peranti ini pada harga RM2299 sahaja.

_____________________

Artikel Berkaitan:

You might also like