[Tutorial] Laman Sosial Facebook Dibanjiri Dengan Gambar & Tulisan Unik?!

Nampaknya laman sosial Facebook minggu ini dibanjiri dengan pelbagai gambar dan tulisan yang unik, dan lain daripada yang lain. Tidak dinafikan, kami juga tertarik dengan gambar dan tulisan yang telah dimuat naik ke laman sosial tersebut kerana ia bukanlah dihasilkan oleh golongan profesional yang memerlukan kepakaran hebat! Memandangkan ianya telah menjadi tular di media sosial, kami ingin berkongsi dengan korang bagaimana cara-cara menghasilkan gambar atau tulisan tersebut.

 

Langkah 01

Muat turun dua aplikasi fotografi popular:-

PicsArt Photo Studio & Collage

Android
iOS

Focus n filter – Name Art

Android
iOS

 

 

Langkah 02

Selesai muat turun dua aplikasi tersebut, buka aplikasi PicsArt Photo Studio. Pilih (Edit) gambar yang diinginkan, kemudian pilih mod Magic.

Tip!!
Pilih gambar swafoto/pasangan berkualiti HD untuk hasil yang lebih menonjol

 

Langkah 03

Langkah ini memerlukan kesabaran yang tinggi kerana ia memerlukan masa loading yang lama. Istimewanya, anda boleh memilih lebih daripada 20 filters yang tersedia, dan kami memilih filters Rainbow.

 

Langkah 04

Selesai diubah suai gambar menggunakan filters yang diinginkan, tekan anak panah di atas kanan skrin untuk simpan gambar di dalam galeri. Kemudian keluar dari aplikasi PicsArt Photo Studio.

 

Langkah 05

Buka aplikasi Focus n filter – Name Art, kemudian simpan latar belakang yang anda inginkan sebagai gambar latar belakang yang telah siap diubah suai tadi.

 

Langkah 06

Buka semula aplikasi PicsArt Photo Studio, kemudian pilih (Edit) latar belakang yang diinginkan.

 

Langkah 07

Pilih gambar yang telah diubah suai, dan letakkan gambar tersebut di atas latar belakang yang dipilih.

 

Langkah 08

Anda boleh kemaskan gambar dengan latar belakang menggunakan tools pemadam yang tersedia.

 

Langkah 09

Setelah selesai dan berpuas hati dengan ubah suai gambar tersebut, cepat-cepat simpan gambar tersebut dan keluar dari aplikasi PicsArt Photo Studio.

 

Langkah 10

Buka aplikasi Focus n Filters – Name Art, kemudian pilih gambar yang telah diubah suai dalam Galeri.

 

Langkah 11

Anda perlu crop gambar yang dipilih terlebih dahulu untuk hasil gambar yang lebih cantik.

 

Langkah 12

Cari tools Text, tulis apa yang anda inginkan. Selain boleh memilih pelbagai jenis font yang unik, anda juga boleh memilih warna tulisan yang digemari.

 

Langkah 13

Gambar yang telah siap diubah suai boleh di simpan di dalam galeri ataupun muat naik ke laman sosial popular.

You might also like