Apple iOS 11 Kini Boleh Dimuat Turun

Hari ini Apple telah mula menawarkan kemas kini iOS 11 kepada para pengguna iPhone dan iPad seluruh dunia. Sistem pengoperasian terbaru ini membawakan sejumlah ciri-ciri baru yang jelas sekali boleh dilihat pada antaramukanya.

Selain itu, iOS 11 juga menawarkan kebolehan AR dan telah menaik taraf aplikasi kamera. Siri juga mendapat kemas kini, ia kini boleh menterjemah kepada lima bahasa yang berbeza serta boleh membaca kandungan teks dan bukan terhad kepada suara sahaja. iPad kini lebih praktikal untuk digunakan dengan hadirnya aplikasi Files.

App store pula menerima antaramuka baharu dan proses memuat turun menggunakan rangkaian selular pula ditingkatkan kepada 150MB daripada 100MB sebelum ini. Di samping itu, pengguna iOS 11 juga boleh melakukan tetapan dengan lebih banyak lagi pada bahagian Control Centre malah menghantar mesej lebih seronok dengan emoji-emoji baru.

iOS 11 boleh mula dimuat turun di iPhone 7, iPhone 7 Plus, iPhone 6s, iPhone 6s Plus, iPhone 6, iPhone 6 Plus, iPhone SE, iPhone 5s, iPad Pro 9.7, iPad Pro 10.5, iPad Pro 12.9, iPad 9.7, iPad Air 2, iPad Air, iPad mini 4, iPad mini 3, iPad mini 2, dan iPod Touch (Gen-6). Manakala iPhone 5, iPhone 5c, dan iPad 4 tidak menerima sebarang kemas kini iOS 11.

Bagi anda pengguna Apple yang dinyatakan, sila semak kemas kini terbaru ini di ruangan Settings dan anda boleh mula memuat turunnya hari ini.

You might also like