Xiaomi Mengumumkan Barisan Peranti Redmi Terbaru

3Redmi merupakan antara model peranti kelas pertengahan yang menjadi kegemaran kami, dari pengalaman kami menggunakan peranti Redmi, sememangnya model ini boleh diharapkan dan mempunyai prestasi yang bagus.

Menghampiri penghujung tahun 2016, Xiaomi memperkenalkan tiga model Redmi terbaru yang pastinya akan memenuhi kehendak pengguna yang mahukan peranti kelas pertengahan yang baik. Model pertama yang diperkenalkan adalah Redmi 4, ayuh kita lihat serba ringkas spesifikasi peranti ini.

2

Spesifikasi Redmi 4
Redmi 4 Standard Redmi 4 Pro
Paparan 5 inci, Full HD
Pemproses Snapdragon 430 Snapdragon 625
Memori RAM: 2GB
ROM: 16GB
MicroSD sehingga 128GB
RAM: 3GB
ROM: 32GB
MicroSD sehingga 128GB
Kamera Utama: 13 Megapiksel
Hadapan: 5 Megapiksel
Bateri 4100 mAh
Warna Gold, Grey, Silver
Harga ¥699 (kira-kira RM 434.5) ¥899 (kira-kira RM 558.82)

 

Selain Redmi 4 Pro dan Standard, Xiaomi juga mengumumkan Redmi 4A yang dijual pada harga lebih rendah. Model ini hadir tanpa pengesan cap jari, skrin beresolusi lebih rendah dan juga pemproses yang berbeza berbanding model Redmi 4 Pro dan Standard.

57

Spesifikasi Redmi 4A
Paparan 5 inci, 720p
Pemproses Snapdragon 425
Memori RAM: 2GB
ROM: 16GB
MicroSD sehingga 128GB
Kamera Utama: 13 Megapiksel
Hadapan: 5 Megapiksel
Bateri 3120 mAh
Harga ¥499 (kira-kira RM 310.18)

Kita tunggu pengumuman selanjutnya sama ada ketiga-tiga model ini akan dibawa masuk ke Malaysia atau tidak!

You might also like