Uber Didenda USD 7.6 Juta Kerana Gagal Memberikan Data Pemandu
California Public Utilities Commission (CPUC) telah mendenda Uber sebanyak 7.6 juta USD selepas syarikat tersebut gagal memberi maklumat pemandu yang bernaung di bawah servis mereka. Tindakan tersebut diambil menurut rangka undang-undang servis kenderaan awam di mana syarikat harus membekalkan maklumat pemandu kepada pihak berkuasa.
Menurut Uber mereka berasa kecewa dengan tindakan tersebut dan bercadang untuk mengemukakan rayuan pada mahkamah, namun pada masa yang sama mereka berjanji akan membayar denda yang dikenakan ke atas mereka bagi mengelakkan lesen operasi digantung pihak berkuasa California.


