
Gajet Cool, Skrin Mudah Alih 24 Inci
Projektor SPUD adalah paparan pop-up spontan yang boleh digunakan bersama-sama telefon pintar, komputer riba dan tablet. Projektor ini mempunyai berat kurang daripada 1kg dan boleh terbuka seperti payung. Arovia (pencipta & pengeluar) mengatakan ia boleh dibawa ke mana sahaja dan boleh dipasang dalam masa kurang 10 saat. Ianya dijual pada harga USD 499 (kira-kira RM 2097.55).
Kami rasakan peranti seperti ini mempunyai tarikan tersendiri kepada golongan profesional yang kerap bergerak dan melakukan pembentangan kerja, begitu juga dengan para pelajar. Malah jika pengeluar mampu menawarkan peranti ini pada harga sedikit rendah, kami yakin ianya akan menjadi salah satu alat bantuan mengajar yang bagus di sekolah-sekolah.