Bersalinghubung Sentiasa Bersama Hotlink Prepaid Internet 365 Baharu

- Iklan -

Rakyat Malaysia kini boleh memiliki pelan mudah alih yang fleksibel, dengan pilihan data yang diperlukan sepanjang tahun. Dengan Hotlink Prepaid Internet 365, pelanggan boleh menikmati pelan internet yang mudah diakses dan berkelajuan tinggi sepanjang tahun, dengan harga serendah RM6.

Pelan ini juga dilengkapi dengan tempoh aktif 60 hari untuk tambah nilai, dan juga pilihan untuk membeli tempoh aktif SIM 365 hari pada harga RM30. Dengan adanya kebebasan untuk memilih ini, pengguna tidak perlu lagi risau untuk kerap menambah nilai bagi memastikan SIM mereka tetap aktif.

Pas Internet yang Fleksibel

Hotlink Prepaid Internet 365 dilengkapi dengan tiga jenis pas untuk memenuhi semua keperluan kesalinghubungan sama ada telefon video bersama rakan dan keluarga, mengikuti berita, atau hanya melalui aplikasi pesanan. Kuota internet Hotlink membolehkan pengguna mengawal sepenuhnya penggunaan data mereka tanpa had laju – hanya internet berkelajuan tinggi sepanjang tahun.

Kadar IDD yang berpatutan

Jarak bukanlah halangan untuk bersalinghubungan bersama keluarga dan rakan di luar negara. Hotlink kini menawarkan harga IDD terendah untuk pelanggan bersalinghubung dengan orang yang mereka sayangi pada bila-bila masa, dan di mana sahaja. Pelancaran eksklusif dalam talian Hotlink Prepaid Internet 365 berharga pada harga promosi hanya RM25 untuk pek SIM, internet berkelajuan tinggi 365 hari 10GB dan kredit tambahan RM2. Sebagai tambahan, pelanggan di bawah Jaringan Prihatin* juga layak menuntut kredit percuma sehingga RM180 dan tambahan internet berkelajuan tinggi 60GB setiap bulan. Hotlink Prepaid Internet 365 melengkapkan penawaran Hotlink yang lain, Hotlink Prepaid Unlimited yang menyediakan internet, panggilan dan hotspot tanpa had untuk individu dengan penggunaan internet yang tinggi.

You might also like