
Gara-Gara Virus Korona, Perlawanan Overwatch League 2020 Di China Terpaksa Dibatalkan!
Penangan Virus Korona nyata sangat bahaya dan disebabkan itu, beberapa perlawanan Overwatch League 2020 yang berlangsung di China terpaksa dibatalkan.
Blizzard telah mengumumkan bahawa kesemua perlawanan pada bulan Februari dan Mac yang berlangsung di China akan dibatalkan. Berikit adalah senarai perlawanan yang dibatalkan.
- 15 – 16 Februari (tuan rumah: Shanghai Dragons)
- 22 -23 Februari (tuan rumah: Guangzhou Charge)
- 29 – 1 Mac (tuan rumah: Hangzhou Spark)
- 14 – 15 Mac (tuan rumah: Guangzhou Charge)
- 21 – 22 Mac (tuan rumah: Guangzhou Charge)
Walaubagaimanapun, perlawanan-perlawanan tersebut tetap akan berlangsung dalam talian dan anda boleh menontonnya kerana ia bakal distrim secara langsung.
Mereka yang sudah membeli tiket, wang akan dipulangkan semula.
__________________
Artikel Berkaitan:

