[TERTIRIS] : Adakah Ini Gambaran Sebenar Samsung Galaxy Fold 2?

Samsung berjaya menggegarkan dunia peranti pintar menerusi kemunculan Samsung Galaxy Fold. Terkini, syarikat gergasi Korea itu sekali lagi menarik perhatian umum dengan kemunculan Samsung Galaxy Fold 2. Lebih mengujakan lagi, gambaran sebenar peranti tersebut kini dikatakan telah bocor dan menjadi bualan ramai pihak.

Memetik imej tersebar, Samsung Galaxy Fold 2 dilihat muncul dengan rekaan clamshell yang dilihat seakan-akan sama seperti Motorola RAZR 2019 – mempunyai dua paparan. Sumber berkata, paparan sekunder bersaiz kecil boleh memaparkan notifikasi peranti. Seterusnya, terdapat sokongan dwi kamera pada bahagian luar dan lensa selfie tunggal pada bahagian dalam.

Jika diteliti, Samsung Galaxy Fold 2 masih membawakan konsep seakan – akan sama seperti Samsung Galaxy Fold namun apa yang membezakan adalah ia lebih kecil. Samsung Galaxy Fold 2 dijangka muncul pada penghujung Februari 2020.

You might also like