
Kepada yang berminat untuk memiliki model terbaru Huawei yang baru sahaja dilancarkan dua hari lepas, Huawei Malaysia kini membuka pra-tempahan bagi siri Huawei Mate 20 dan juga MateBook X Pro.
Bermula 19 Oktober hingga 22 Oktober 2018, anda boleh membuat tempahan di sini.
Harga yang ditawarkan :
Warna yang ditawarkan :
- Huawei Mate 20 : Hitam & biru
- Huawei Mate 20 Pro : Emerald Green, Twilight & Hitam
-
Huawei Mate 20 X : Biru & Phantom Silver
Dengan setiap pembelian siri Huawei Mate 20, pelanggan akan mendapat Huawei Talkband B5 bernilai RM699 secara percuma serta menikmati mata ganjaran Mate VIP sehingga RM10,000.
Sementara model komputer riba turut dibuka pra-tempah iaitu Huawei MateBook D, Huawei MateBook X Pro i5 dan MateBook X Pro i7 yang akan dijual pada harga RM2,999, RM4,999 dan RM6,999.
Terdapat juga hadiah menarik yang diberikan seperti Huawei Backpack, Huawei Bluetooth Mouse dan Huawei Sleeve (untuk model MateBook X Pro sahaja) yang bernilai lebih RM1,000 dan stok terhad! Kedua-dua komputer riba ini boleh dibeli di kedai Huawei dan pengedar sah di seluruh negara.
Dalam masa yang sama, Huawei MateBook D dan Huawei MateBook X Pro akan mendapat Microsoft 365 Home bernilai RM359 dan pelbagai hadiah menarik yang lain. Pra-tempah boleh dibuat di 3ex, kedai atas talian Huawei, Lazada atau SenQ. Huawei juga akan mengadakan pameran bergerak di Pavilion Kuala Lumpur, Queensbay Mall serta Aeon Mall Dato’ Onn dan dapatkan pelbagai hadiah menarik.
Baca juga:
- Rekaan Notch Lebih Kecil, Huawei Mate 20 Hadir Dengan Tri Kamera Pada Panel Belakang
- Huawei Mate 20 Pro Hadir Dengan Modul Kamera Segi Empat Sama, Sokong Wireless Reverse Charging
- Hadir Dengan Skrin 7.2 Inci, Huawei Mate 20X Beri Pengalaman Gaming Lebih Asyik
- Huawei Bakal Perkenal Huawei MateBook D Untuk Pasaran Tempatan
- Lindungi Privasi Dengan ‘Kamera Tersembunyi’ Pada Huawei MateBook X Pro!

