- Iklan -

HUAWEI MateBook 14 Kini Rasmi Bagi Pasaran Tempatan!! – Dijual Pada Harga Bermula Dari RM3799!!!

Peminat HUAWEI pasti tidak semang duduk apabila HUAWEI kini telah merasmikan HUAWEI Matebook 14 bagi pasaran tempatan dan ia dijual pada harga bermula dari Rm3799!!!

Menariknya, anda boleh melakukan pratempahan peranti ini dari 26 hingga 29 Oktober di Stor Online HuaweiStor Rasmi Huawei di ShopeeSenheng dan Harvey Norman.

Peranti ini tampil dengan 2 varian iaitu MateBook 14 (Ryzen 5 4600H, RAM 16GB, SSD 512GB) dijual pada harga RM 3,799 dan MateBook 14 (Ryzen 7 4800H, RAM 16GB, SSD 512GB) pada harga RM 4,399.

Anda bakal menerima hadiah percuma seperti fon telinga FreeBuds 3, beg Huawei dan tetikus bluetooth yang bernilai RM1177.

Buat yang tidak mengetahui, peranti ini hadir dengan skrin 14″ dengan resolusi 2k. Ia mengecas melalui USB-C dan menyokong pengecasan pantas 65W.

Ia turut disertakan dengan sistem operasi Windows 10 Home Edition dan ikuasakan oleh pemproses Ryzen 5 dan Ryzen 7. RAM bagi peranti ini adalah 16GB dan storan sebesar 512GB.

You might also like