Apa Sebenarnya vivo Nak Bawakan Pada CES 2018?

Seperti yang sudah sedia maklum vivo akan memperkenalkan sebuah produk yang sangat dinanti-nantikan peminatnya seluruh dunia. Kini, di Pusat Pensijilan Kualiti, China mengesahkan vivo X20 Plus UD baru sahaja lulus dalam ujian pensijilan 3C pada 2 Januari yang lalu. Menurut media tempatan, nama UD mungkin singkatan bagi UpDate, Under Display, atau Underwater Defence.

Selain daripada nama yang tersebar, peranti ini akan diperkakaskan dengan skrin 6.43-inci paparan penuh yang dikuasakan cip Snapdragon 660 dan pemproses imej vivo tersendiri. Ia sama sekali model yang berlainan dari mode asal X20 yang dilancarkan di China tahun lepas sekaligus, X20 Plus UD adalah versi yang sudah dikemas kini.

Menurut penulis dari Forbes yang sudah berpengalaman menguji peranti terbaru dari vivo ini, teknologi pengimbas cap jari pada skrin sebenarnya sudah ditinjau oleh Apple sebelum ini. Akan tetapi pada masa itu Apple masih belum memilikinya lantas Apple memilih untuk menggunakan FaceID yang jauh lebih mudah untuk dihasilkan.

Synaptics yang bertanggungjawab membekalkan teknologi pengimbas cap jari pada vivo mengumumkan teknologi untuk vivo itu dinamakan Clear ID FS9500 kini sedang dihasilkan secara besar-besaran. Selain itu, ia merupakan pengimbas cap jari pertama akan digunakan pada telefon pintar yang akan diperkenalkan kepada umum menerusi acara terbesar, CES 2018 minggu ini.

 

You might also like