
Nova Launcer Beta Dengan Kemas Kini Terbaru Menawarkan Fungsi Akses Pantas Aplikasi
Bagi mereka yang mempunyai akses Nova Launcher versi beta sila jenguk-jenguk ke Play Store untuk mendapatkan versi beta terbaru yang menawarkan fungsi yang agak cool.
Fungsi terbaru beta ini diambil dari Android Nougat yang membolehkan anda mengakses beberapa fungsi tertentu aplikasi dengan tap dan hold pada ikon aplikasi, lebih kurang macam 3D Touch dekat iPhone 6, 6S, 7 dan 7 Plus.
Kalau korang tak ada akses beta jangan risau, mudah je nak dapatkan. Klik LINK ni dan selesaikan proses pendaftaran, mudah je.