
Ketika tengah buntu mencari idea di depan komputer sebentar tadi, editor saja menyinggah di Play Store, mana la tahu kalau terjumpa aplikasi atau game yang menarik. “Eh, pelik ni”, itu reaksi pertama apabila melihat sebuah game pinball dengan tanda Editor’s Choice, “Best sangat ke? Pinball je kot” sambil tangan menekan butang Install.
Tahu–tahu dah main hampir 10 minit. Pada pendapat editor permainan ini cukup simple, macam permainan pinball lain. Yang menariknya adalah pada peta permainan yang tidak statik, seolah-olah anda bermain melepasi satu peringkat ke peringkat lain tanpa perlu keluar dari peta sedia ada. Pukulan bola dianggap berjaya apabila anda melepasi satu peringkat, dan untuk berjaya anda perlu memastikan bola melalui trek laluan yang betul, agak mencabar apabila anda semakin maju di dalam peringkat permainan.
Tarikan kedua, mungkin yang paling kuat adalah grafiknya. Konsep neon yang diterapkan PinOut memang membuatkan editor sedikit terleka sambil mengagumi grafiknya yang smooth dan cantik. Trek di dalam permainan ini diwarnai dengan lampu neon, hmm rasa macam dalam filem Tron. Tak percaya tengok video ni.
Tak best la kalau layan sorang, nie dia link download untuk PinOut pada smartphone iOS atau Android, free je!

