
Untuk menambah tawaran insurans/takaful mampu milik dengan perlindungan premium untuk rakyat Malaysia, e-dompet tempatan Boost memperkenalkan tiga pelan mikro insurans/takaful baharu – MozzieProtect, FamilyProtect dan Critical Illness Care – di bawah ‘Boost Protect’. Pelan-pelan baharu ini menjadikan jumlah pelan perlindungan yang ditawarkan oleh Boost sebanyak 13, ditaja jamin oleh tiga anak syarikat Great Eastern – Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad, Great Eastern General Insurance (Malaysia) Berhad dan Great Eastern Takaful Berhad. Pelan-pelan baharu boleh diakses melalui tile ‘Insurans’ pada laman utama aplikasi Boost untuk pengguna pilih dan dapatkan perlindungan lebih-lebih lagi di saat pandemik yang melanda ini.

Sebagai manfaat tambah nilai, tiga pelan baharu tersebut disertakan Dana Vaksin COVID-19 (COVID-19 Vaccine Fund Assistance). Dana ini memberikan manfaat tunai hospital harian sebanyak RM200 sehari sehingga tujuh (7) hari untuk kemasukan hospital di Malaysia, di mana hayat yang diasuranskan/orang yang dilindungi memerlukan rawatan perubatan akibat Kesan Advers Berikutan Pelalian (AEFI) dalam tempoh 14 hari selepas disuntik Vaksin COVID-19.
Dana ini juga menawarkan bayaran sekali gus sebanyak RM10,000 bagi setiap hayat yang diasuranskan/orang yang dilindungi sekiranya kematian berkaitan dengan AEFI dalam tempoh 30 hari selepas menerima Vaksin COVID-19, atau daripada tarikh kemasukan hospital akibat AEFI (mana yang kemudian).
Sebagai khidmat tambah nilai untuk pelan mikro insurans/takaful, Boost juga menyertakan ciri bayaran berkala yang baharu. Melalui ciri ini, pengguna kini boleh membuat bayaran / caruman secara automatik untuk pelan perlindungan setiap bulan tanpa perlu membeli atau menyertai semula pelan setiap kali, untuk menjanjikan perlindungan berterusan. Pada masa yang sama, ciri bayaran / caruman berkala ini membahagikan jumlah perlindungan keseluruhan kepada bayaran / caruman bulanan, menjadikan ia lebih mampu milik dengan memansuhkan keperluan membayar / mencarum jumlah keseluruhan.
Ciri pembayaran / caruman berkala baharu boleh digunapakai untuk enam pelan perlindungan, khususnya BillProtect, CardProtect, HospiCash, Protect Super6, ProtectActive, dan SME OwnerProtect. Boost akan melancarkan kempen mulai sekarang sehingga 31 Ogos 2021 untuk menggalakkan rakyat Malaysia mendapat perlindungan yang diperlukan terutama sekali di waktu mencabar seperti sekarang. Bagi setiap pembelian atau langganan mana-mana enam pelan mikro insurans/takaful berikut – BillProtect, CardProtect, HospiCash, Protect Super6, ProtectActive dan SME OwnerProtect, pengguna akan menerima cashback 100% untuk bayaran premium/caruman bulan pertama, di samping cashback Lazada sebanyak RM4.