24 Jam Bersama PaMu Scroll BT 5.0 Earphones – Berbaloikah Untuk Dimiliki?

- Iklan -

Korang mesti dah bosan guna earphone yang berwayar yang mana sudah ketinggalan zaman kerana wujudnya earphone nirwayar ini yang pastinya memberikan kenikmatan bunyi yang lebih jitu. Justeru, produk terbaharu PaMu Scroll Bt 5 ini dilihat mampu memenuhi tuntutan halwa telinga anda! Saya sudah cuba menggunakan peranti ini selama 24 jam. Best ke idok? Jom kita lihat!

Spesifikasi Ringkas!

  • IPX6
  • Bluetooth 5.0
  • Auto Pairing
  • Handfree call
  • Charging Warehouse: 500mAh, Earbud: 55mAh x 2
  • Pengecasan tanpa wayar
  • Snugfit
  • Deep bass

Nak pakai earphone ni kena laa selesa, kalau pakai tapi tak selesa nanti nak dengar muzik pon tak enjoy. Apa yang lagi membimbangkan kalau disebabkan earphone tersebut, kita dapat masalah telinga. Tapi dengan rekaan PaMu Scroll ini sangat selesa. Rekaan yang ergonomic dan direka khas bagi keselesaan telinga anda membuatkan ia sangat selesa untuk dipakai.

Rupa paras:

Ketika menggunakan earphone ini, ia tidak longgar, tidak sakit dan tidak membahayakan telinga anda. Jadi dah boleh layan terus lagu sampai puas! Nak guna ketika bersukan pun atau aktiviti fizikal pun memang nice giler!

Bunyi Menganas Menerjah Halwa Telinga Anda!

Bunyi daripada PaMu Scroll ini tidak dapat disangkal lagi pastinya sangat enak untuk didengar. Tampil dengan Deep bass membuatkan audio yang terhasil sangat menggiurkan. Kalau menonton movie pada telefon dan menggunakan PaMu Scroll ini memang syiok habis. Tak sedar langsung apa yang jadi dekat sekeliling sebab bunyi yang terhasil memang terbaik.

Cara Penggunaan Yang Simple Gler!
  1. Pastikan anda simpan earbud ini di dalam bekasnya untuk mengecas.
  2. Keluarkan dan letakkan di telinga anda.
  3. ‘On’ fungsi Blueetooth dan cari PaMu Scroll. Kemudian Sambungkan (Connect).

Menerusi ciri Bluetooth 5 ini, ia dapat memudahkan anda untuk menyambung (connect) atau memutuskan sambungan (disconnect). Ia juga sesuai dipadankan dengan semua peranti.

Apa yang penting nak guna ketika memainkan muzik sangat mudah. Anda perlu touch sekali untuk play dan touch sekali untuk pause.

Kalis Air Sesuai Buat Atlet Bersukan!

Menarik pada PaMu Scroll ini ialah ia dihadirkan dengan ciri IPX6 yang mana ia mampu bertahan sekiranya terkena peluh atau air hujan. Jadi anda boleh berjogging tanpa rasa risau ia akan merosakkan earbud anda. Saya telah menguji PaMu Scroll ini ketika berjogging dan ia menunjukkan bahawa ia masih berfungsi dengan baik. Walaupun berpeluh tapi masih selesa ketika digunakan.

Bateri Yang Tahan Lama

Seperti yang diketahui peranti ini tampil dengan Charging Warehouse: 500mAh, Earbud: 55mAh x 2. Jadi sepanjang tempoh saya menggunakan peranti ini, tak ada masalah bateri cepat habis. Yang lagi best nak cas pun senang giler!!!Cuma letak di dalam bekasnya. Kemudian ia akan di cas. Jimat masa!!!

Luahan Selepas 24 Jam!

Selepas seharian menggunakan PaMu Scroll BT 5.0 Earphones, ia ternyata sangat BEST!!!  Rekaan yang sangat selesa dan hasil bunyi yang sangat sedap membuatkan ia berbaloi untuk dimiliki. Dengan ciri yang mampu kalis air membuatkan ia sangat sesuai di bawa untuk melakukan aktiviti luar atau hanya duduk di rumah sahaja!

So apa tunggu lagi!!! Dapatkan sekarang pada harga RM359.

 

Psstt: eRing ada buat contest tau & rebut memenangi PaMu Scroll BT 5.0. Peraduan bermula 3 Oktober (khamis) .. Join laaa tau!!!

 

_____________________

Artikel Berkaitan:

 

You might also like