Bayar Bil Isi Rumah Secara Automatik dengan Boost!!!

E-dompet tempatan, Boost, memperkenalkan tiga ciri pembayaran bil yang baharu untuk memudahkan kehidupan penduduk Malaysia untuk membayar bil dengan sekali tekan, bebas daripada kerumitan menggunakan pelbagai pelantar dan portal pembayaran. Rangkaian ciri baharu tersebut – AutoBills, MultiBills dan ViewBills menjadikan Boost satu-satunya e-dompet yang menawar pengguna solusi tanpa rumit hanya dengan menekan bill di aplikasi Boost untuk mengurus, melihat, menjadual dan menjelas pembayaran bil.

Ciri-ciri baharu ini sangat sesuai dengan keadaan semasa, iaitu ketika penduduk Malaysia terus bekerja dari rumah (WFH) saat pendemik semakin melanda. Boost melaporkan apabila membandingkan separuh pertama tahun 2021 dengan tempoh masa yang sama pada 2020, Nilai Transaksi Kasar (GTV) pembayaran bil meningkat sebanyak 40%. Kategori pembayaran bil telekomunikasi pascabayar serta utiliti mencatatkan lonjakan tertinggi GTV, masing-masing hampir 60% dan 50%. Peningkatan penggunaan ini seiring dengan gaya hidup WFH yang semakin lazim, serta peningkatan penggunaan internet atau data untuk tujuan bekerja ataupun belajar.

Daripada ketiga-tiga ciri baharu, AutoBills membolehkan pengguna menetapkan pembayaran bulanan berkala secara automatik. Pengguna boleh membuat tetapan AutoBills melalui dua cara – pertama sekali dengan menekan ‘Manage Recurring Payment’ melalui tile ‘Bill Payments’ di bawah tab ‘Do More’ atau melalui ‘Payment Settings’ di laman profil dengan menekan ‘Manage Now’ di ruangan ‘Recurring Payments.’ Sesudah dilengkapkan, pembayaran akan dijelaskan dengan automatik seperti dijadualkan, tanpa memerlukan pengguna membuka app Boost sekalipun. Ciri ini memenuhi keperluan penduduk Malaysia supaya tidak terlupa untuk membayar bil mereka.  

MultiBills
 pula membolehkan pengguna membayar beberapa bil sekaligus. Ini seperti meletakkan pelbagai bil ke dalam bakul membeli-belah dan membayar secara mudah dengan sekali ‘check-out’. Ciri ini mengakhirkan keperluan membayar pelbagai bil satu demi satu di pelantar berlainan. Untuk menjelaskan bayaran MuitlBill, tekan butang ‘Make Bulk Payment’ di laman Bill Payments dan pilih bil-bil yang ingin dibayar.  

Ciri terakhir iaitu ViewBills menggabungkan semua bil berdaftar di bawah nombor akaun bil pengguna secara langsung di aplikasi. Ia dapat mengesahkan bahawa pengguna membayar bil yang betul dan membolehkan mereka melihat penyata bil terkini tanpa perlu mencari atau merujuk kepada pelantar lain. 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ciri pembayaran bil yang baharu, pengguna boleh mengikuti laman media sosial rasmi di Facebook facebook.com/myboostapp dan Instagram instagram.com/myboostapp

You might also like