
Pendedahan Terbaru! Kamera HUAWEI P40 Pro Akan Hadir Dengan Kamera 51MP??
Siri HUAWEI P40 bakal dilancarkan sekitar Mac 2020 di Paris, petikan dari Richard Yu bahawa siri baharu ini akan didatangkan dengan reka bentuk yang belum pernah dilihat sebelum ini. Tambahan lagi penambahbaikan ketara dalam kualiti kamera, serta prestasi dalaman dan jangka hayat bateri yang menakjubkan.
Menurut sumber, konfigurasi kamera pada P40 Pro akan menggunakan Ultra Vision Camera dan Ultra Vision Sensor. Ini bermakna siri baharu ini mempunyai modul kamera terkini, yang mana salah satu lensa adalah 51MP dengan sensor RYYB piksel dan satu lagi adalah ToF kamera menyokong 10x Zum Optikal.
Apa komen anda pada siri HUAWEI P40?
____________
BACA JUGA:
- Sarung Pelindung HUAWEI P40 Pro Terdedah – Rekaan Kamera Persegi Panjang
- [Ura-Ura] : Panel Belakang HUAWEI P40 Pro Mungkin Kelihatan Seperti Ini? Ye Ke Ni?
- [Ura-Ura] : Lensa Periskop Pada HUAWEI P40 Pro Sokong Keupayaan 10X Zoom Optik?

