
Samsung Perkenal Cip Pemproses Exynos 980 – Hadir Dengan Modem 5G Terbina & Sokongan Sensor Kamera Sehingga 108MP!
Jenama peranti pintar terkemuka dunia, Samsung telah memperkenalkan cip pemproses terbaharunya yang dikenali sebagai Samsung Exynos 980.
Menariknya, Exnos 980 ini tampil dengan sokongan modem 5G yang terbina yang mana ia memudahkan rangkaian 5G kerana tidak memerlukan modem berasingan.
Cip pemproses ini dihadirkan dengan binaan berasaskan 8nm dan mengabungkan teras Cortex-A55 dan Cotrex-A77. Melengkapinya adalah GPU Mali – G76.
Kelebihan peranti ini tidak terhenti di situ apabila ia turut menerima sokongan HDR10+ serta menyokong sensor kamera sehingga 108MP dan mampu decode sesuatu video beresolusi 4K UHD pada kadar 120FPS.
Ia bakal menjengah pasaran tidak lama lagi. Jadi sama-sama kita nantikan kehadiran peranti ini!
Beli Peranti Samsung Di:
_____________________________
Artikel Berkaitan:
- Samsung Galaxy Fold Rasmi – Penambahbaikan Lebih Sempurna + Sokong RAM 12GB
- Samsung Galaxy M30s Bakal Sokong Bateri 6,000 mAh – Diperkenal Pada 18 September 2019!
- Ujian Ketahanan Samsung Galaxy Note 10+ Memuaskan?! Korang Tentukan!
- 10 Sebab Kenapa Anda Perlu Membeli Samsung Galaxy Note 10+!

