IFA 2019: Sony Perkenal NW-ZX507 Walkman – Beri Kualiti Bunyi Pada Resolusi Tinggi!!!

Sony hari ini memperkenalkan 1 lagi peranti terbaharunya yang dikenali sebagai NW-ZX507 Walkman yang menjanjikan kualiti bunyi yang menakjubkan.

Dari segi rekaannya, ia terbina dengan sangat baik apabila ia tampil casis dengan bingkai aluminium yang berkualiti tinggi. Sementara FTCAP (high polymer capacitor) yang baru dibangunkan serta Electric Double-Layer Capacitor mampu memastikan bunyi bass yang sangat dalam.

Peranti ini dihadirkan dengan 3.6 inci HD skrin dengan panel sesentuh. Turut disertakan adalah port USB-C dan slot kad micro SD. Hadir dalam 2 varian warna iaitu Silver dan Hitam. Ia menjalankan sistem operasi Android 9.0.

Kualiti bunyi pada resolusi tinggi ini disebabkan oleh sambungan yang seimbang di antara DSD Native (11.2MHz)i dan 384kHz/32bit PCM playback yang disokong oleh S-master HX. Terdapat juga sokongan DSEE HX yang mampu mempertingkatkan bunyi kepada kualiti yang lebih baik.

Menariknya, Walkman ini boleh disambungkan di PC untuk mengakses koleksi muzik anda. Anda juga boleh mengakses servis memuat turun terus ke Walkman dan menyimpan lagu di dalamnya. Ia turut boleh dipadankan dengan Sony Original Music Player App.

Apa yang pasti, bateri peranti ini dikhabarkan mampu bertahan sehingga 20 jam.

NW-ZX507 Walkman (64GB) ini akan tersedia di pasaran Malaysia bermula dari Januari 2020.

________________________

Artikel Berkaitan:

You might also like