
Pastinya pengguna telefon pintar tidak hanya memfokuskan kepada ciri-ciri asas telefon tersebut. Permainan game menggunakan telefon pintar sudah menjadi kemestian pada telefon pada ketika ini.
Justeru, pengeluar telefon pintar berlumba-lumba menghasilkan telefon pintar terbaik bagi kepuasan pengguna. Berikut merupakan antara telefon terbaik yang boleh dibeli sekiranya menginginkan kepuasan dalam permainan game pada telefon pintar anda.
ASUS ROG Phone

- Cip pemproses Qualcomm Snapdragon 845 Mobile Platform dengan 10nm, 64-bit Octa-core yang mana ia hadir dengan kadar kelajuan 2.96GHz.
- Cip grafik Adreno 630
- Ia juga turut menggunakan sistem operasi Android Oreo 8.1
- Mempunyai 90Hz 1ms AMOLED Display
- Mempunyai 6 inci AMOLED panel dengan HDR support
- Disertakan dengan storan sebanyak 128GB/512GB dan RAM 8GB
- 2 NXP 9874 amplifiers yang setiap satu untuk front facing speaker
- Kamera utama meliputi 12MP + 8MP, manakala kemera hadapan 8MP.
- Bateri 4,000mAh dan disertakan dengan pengecasan pantas Quick Charge 4.0 (QC4)
- Ciri-ciri menarik seperti Game Centre, X mode, Game Genie, Air Trigger, Game Cool System, dan Aero Active Cooler.
- Aksesori seperti Twinview Dock, Mobile Desktop Dock, ASUS WIGIg Display Dock dan Gamevice Controller.
- Harga: Bermula dari RM 3,499
Artikel Berkaitan:
- Reviu Eksklusif: Permainan Game Dengan ASUS ROG Phone Di Tahap Maksima
- Reviu Eksklusif: Keunggulan Spesifikasi ASUS ROG Phone
Razer Phone 2

- Dijana oleh cip pemproses Qualcomm Snapdragon 845
- Paparan bersaiz 5.7 inci IPS LCD QHD HDR 120Hz
- Disertakan dengan 8GB RAM bersama storan dalaman 64GB (MicroSD sehingga 1TB)
- Bateri berkapasiti 4,000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas Quick Charge 4+, dan pengecasan tanpa wayar.
- Hadir dengan kamera utama dwi lensa 12MP + 2MP dengan mengekalkan fungsi zoom optikal 2X yang mana kedudukannya kini diubah pada bahagian tengah di belakang telefon.
- Kamera hadapan 8MP bersama penawaran fungsi menarik seperti mod potret, beauty dan juga peningkatan kualiti gambar dalam keadaan kurang pencahayaan (gelap).
- Sistem audio teknologi Dolby Atmos
- Dilengkapi dengan kemampuan kalis air IP67
- Hadir dengan sokongan pencahayaan LED Razer Chroma pada logo di panel belakang
- Harga: $799 (kira-kira RM3,322)
Artikel Berkaitan:
- Razer Phone 2 Kini Rasmi, Hadir Dengan Kemampuan Kalis Air IP67
- Huawei Mate 20X vs ASUS ROG Phone vs Razer Phone 2 – Yang Mana…
Xiaomi Black Shark Helo

- Dikuasakan cip pemproses Snapdragon 845 dengan Octa-core (4×2.8 GHz Kryo 385 Gold & 4×1.8 GHz Kryo 385 Silver)
- GPU Adreno 630
- Sistem operasi Android Oreo 8.1
- Paparan skrin OLED 6.01 inci
- Disertakan dengan RAM 6GB/8GB/10GB, manakala storan dalaman sebesar 128GB dan 256GB.
- Ia disertakan dengan bateri berkapasiti 4,000mAh dengan pengecasan pantas Quick Charge 3.0.
- Kamera utama disertakan dengan 12MP + 20MP, manakala kamera hadapan pula ialah 20MP.
- Harga: RMB3199 (Kira-kira RM1,918)
Baca juga: [Video] Telefon Pintar Permainan Black Shark Tunjuk Rupa Sebenar
Honor Play

- Sistem operasi berasaskan Android 8.1 Oreo, tampil bersama antaramuka EMUI 8.2 terkini.
- Kirin 970 Octa-core, 4x Cortex A73 2.3GHz + 4x Cortex A53 1.8GHz GPU Turbo
- Menawarkan fungsi 4D Smart Shock, di mana ia merupakan pengalaman gaming 4D yang boleh dirasai sendiri.
- 4GB RAM + 64GB ROM, sokongan kad microSD sehingga 256GB.
- Kamera utama 12MP (f/2.2) + 2MP (f/2.4), LED Flash, 500+ senario (22 kategori), 3D Portrait lighting, AI Gallery
- Kamera hadapan 16MP (f/2.0), AI Portrait mode, 3D Portrait lighting
- Ciri menarik seperti Notch tetap disediakan, anda boleh sembunyikan skrin takuk sekiranya tidak suka.
- Ciri HiTouch sangat mesra pengguna kerana hanya menekan pada skrin dengan dua jari, maka fungsi ini akan segera mengenalpasti informasi produk yang dihalakan melalui Amazon Assistant.
- Ciri Game Suite juga hadir bersama supaya memastikan permainan tidak terganggu dengan notifikasi atau panggilan masuk.
- Harga: RM1,099
Artikel Berkaitan:
- Reviu Eksklusif: Honor Play – Peranti Gaming Khas Untuk Semua, Berbaloi Dibeli!
- Reviu Eksklusif: Honor Play, Bukan Sekadar Peranti Gaming. Kamera? Not Bad…
One Plus 6T

- Dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 845 (Octa-core, 10nm, sehingga 2.8 GHz), dalam AIE dan GPU Adreno 630.
- Sistem operasi Android Pie
- Paparan skrin 6.41 inci dengan Optic AMOLED
- Disertakan dengan 6GB/8GB RAM dan storan dalaman 128GB/256GB.
- Kamera utama 16MP + 20MP dengan Sony IMX519
- Kamera hadapan 16MP dengan aperture f/2.0
- Rakam video 4K dengan resolusi video 1080P pada 30 fps
- Kapasiti bateri 3,700 mAh dengan pengecasan pantas (5V 4A)
- Direka dengan 2.5D Corning® Gorilla® Glass 6
- Harga: Bermula dari RM2,599 (Lazada)
Baca juga: Edisi Eksklusif OnePlus 6T Dalam Warna Cerun Thunder Purple Kini Rasmi

