Tutorial: Sticky AI, Ubah Gambar Jadi Pelekat!

Bagi mereka yang gemar melakukan penyuntingan menggunakan peranti mudah alih, mungkin pernah mencuba aplikasi fotografi Prima sebelum ini kan? Aplikasi Prisma hadir dengan kelebihan untuk menghasilkan kesan tambahan menarik pada gambar yang diambil, sekali gus menjadikannya sebuah hasil seni yang unik dan menarik.

Kini, pembangun aplikasi yang sama turut hadir dengan sebuah lagi aplikasi baru yang dinamakan sebagai Sticky AI. Apa yang menariknya aplikasi ini, ia memfokuskan kepada menghasilkan gambar swafoto sebagai sebuah pelekat, dan boleh dikongsikan dengan rakan-rakan di laman sosial. Nak tahu bagaimana? Mari lihat bagaimana kami membuat pelekat sendiri.

 

Ikuti langkah-langkah berikut…

1. Korang perlu memuat turun aplikasi ini terlebih dahulu di iOS atau Android.

2. Selesai muat turun, boleh memilih gambar yang ada di dalam galeri ataupun diambil dengan menggunakan kamera telefon pintar.

 

3. Apabila gambar dipilih, ia secara automatik akan crop gambar tersebut.

4. Untuk hasil yang lebih menarik, terdapat beberapa filters yang boleh digunakan, hanya tekan pada gambar sahaja.

 

5. Sesuai dengan temanya sebagai pelekat, terdapat juga tulisan dan juga pilihan warna.

 

6. Selain itu, korang juga boleh menukar warna latar belakang mengikut citarasa sendiri.

 

7. Gambar yang telah siap dicipta perlu di simpan terlebih dahulu.

8. Jangan lupa untuk kongsikan pelekat tersebut dengan rakan-rakan di laman sosial.

 

Inilah hasil pelekat yang telah siap!!!

~Selamat mencuba~

You might also like