
HARGA: RM799
Tidak semua daripada kita mampu membelanjakan wang untuk membeli telefon pintar bernilai ribuan ringgit, apatah lagi dengan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini. Oleh itu, Wiko jenama dari Perancis telah memperkenalkan barisan peranti baru dengan harga yang mampu dimiliki. Di antara model baru yang dibawa masuk untuk pasaran tempatan adalah Wiko Upulse, Harry serta Kenny dengan harga yang berbeza. Sebelum ini kami telah membuat reviu mengenai Wiko Harry dan terbaru ini ialah Wiko Upulse.
Baca juga: Reviu Eksklusif: Wiko Harry, Melengkapkan Siri-Y Dengan Keupayaan 4G
PERBEZAAN SPESIFIKASI
| Wiko Upulse | Wiko Harry | Wiko Kenny | |
| Sistem Operasi |
Android 7.0 Nougat | ||
| Cipset | MediaTek MT6735 | ||
| CPU | Quad-core 1.3GHz | Quad-core 1.1GHz | |
| GPU | ARM-Mali T720 | ||
| Dimensi / Berat | 153.5×77.5×8.5mm / 167g | 145×72.7×9.15mm / 160g |
144.7×72.4×10.1mm / 162g |
| Paparan Skrin |
5.5 inci 1280 x 720p (~267ppi) | 5.0 inci 1280 x 720p (~294ppi) | 5.0 inci 480 x 854p (~196ppi) |
| ROM | 32 GB | 16 GB | |
| RAM | 3GB | 2GB | |
| Kad Memori |
microSD sehingga 128GB | ||
| Kamera Utama | 13MP Auto Fokus, LED flash | 8MP, LED flash | |
| Kamera Depan |
8MP + Selfie Flash | 5MP + Display Flash | |
| Rakaman Video | HD 720p | HD 1080p | |
| Kapasiti Bateri | 3000mAh | 2500mAh | |
| Pengimbas Cap Jari | √ | X | X |
| Harga | RM 799 | RM 599 | RM 499 |
FIZIKAL
Pilihan Warna
Memandangkan smartphone ini memfokuskan kepada semua golongan, Wiko Upulse menawarkan beberapa pilihan warna yang terdiri daripada Black, Gold, Deep Bleen serta Cherry Red.
Tetapi buat masa sekarang, hanya dua warna sahaja yang berada di pasaran Malaysia iaitu Black dan Gold.
Paparan Skrin
Inginkan smartphone dengan paparan skrin besar, tetapi dalam masa yang sama masih selesa dipegang? Wiko Upulse boleh dipertimbangkan. Menampilkan paparan skrin 5.5 inci dengan kepadatan piksel mencapai 294ppi, ia juga hadir dengan rekaan melengkung 2.5D.
Lebih menarik, peranti ini hadir dengan mod One-hand yang sesuai untuk digunakan dengan sebelah tangan.
Penggambaran & Speaker
Panel belakang smartphone ini menempatkan lensa utama 13 Megapiksel dengan sokongan LED flash yang terletak di bawah lensa utama. Selain itu, ia turut menempatkan sensor untuk pengimbas cap jari serta tulisan Wiko.
Manakala pada bahagian bawah panel belakang pula kelihatan lubang speaker.
Slot Kad SIM & Bateri
Walaupun kerangkan peranti ini diperbuat daripada logam, ianya tidak unibodi. Kepada pengguna yang mempunyai dua kad SIM, anda boleh menggunakan kedua-duanya tanpa perlu memilih sama ada ingin menggunakan kad SIM mahupun microSD. Lebih menarik, ketiga-tiga slot kad ini menyokong fungsi hot-swap.
APA YANG COOL?!
Penggambaran
Walaupun menawarkan harga mampu milik, ia tidak menghalang Wiko untuk mempertaruhkan fungsi multimedia yang menarik pada smartphone ini. Kamera utama dilengkapi bersama sensor 13 Megapiksel telah diserikan dengan pelbagai mod menarik di antaranya adalah Portrait, Super Pixel, Beauty, HDR, Professional, Panorama, Night, Time Lapse dan QR Code.
Manakala kamera hadapan beresolusi 8 Megapiksel hadir dengan sokongan Soft light flash untuk penggambaran swafoto yang kelihatan lebih natural. Lebih istimewa, kehadiran mod Portrait dan Beauty mampu menghasilkan gambar swafoto yang unik. Fungsi HDR, Panorama dan Time Lapse turut disediakan.
Kamera Utama

Kamera Depan


TIP!!!
Untuk penggambaran swafoto yang pantas, anda boleh menggunakan
sensor pengimbas cap jari.
HASIL GAMBAR



FUNGSI LAIN…
Android 7.0 Nougat (Wiko UI)
Istimewanya Upulse, ia menyokong Android versi terkini 7.0 Nougat. Selain menampilkan paparan antaramuka tersendiri Wiko yang lebih menarik dan mesra pengguna, peranti ini turut dibekalkan dengan memori RAM 3GB serta memori dalaman berkapasiti 32GB.
Kaedah Pengesahan Biometrik
Bagi yang mementingkan aspek keselamatan smartphone daripada diakses oleh individu yang tidak diingini, Upulse satu pilihan yang terbaik kerana hadir dengan fungsi pengimbas cap jari yang pantas. Malah ia juga boleh digunakan untuk lima menu yang berbeza.
File Lock
File Lock dapat menjaga privasi yang ada di dalam smartphone anda dengan meletakkan kata laluan pada aplikasi tersebut. Selain gambar, anda juga boleh memilih dokumen, lagu dan video yang tidak ingin dikongsi dengan orang lain.
Permainan HD
Bagi yang gemar bermain permainan HD mudah alih, Upulse boleh dipertimbangkan. Selain dibekalkan dengan RAM sebesar 3GB dan memori dalaman 32GB, kami sendiri telah cuba bermain permainan Real Racing 3 dan ternyata ia mampu memaparkan grafik yang sangat lancar.
Smart Gesture
Gesture Unlock adalah cara yang paling cepat dan pantas untuk anda membuka menu, di mana hanya perlu melukis huruf yang mewakili menu tersebut seperti ‘M’ untuk ‘Muzik’ dan ia secara automatik akan membuka menu yang diinginkan. Selain itu, anda juga boleh menambah menu lain dengan menekan ikon ‘+’.
KOMEN EDITOR
Wiko Upulse adalah sebuah smartphone mampu milik yang menawarkan fungsi premium! Ia bukan sahaja menampilkan rekaan elegan, tetapi mempertaruhkan pelbagai fungsi menarik untuk kegunaan seharian! Dengan harga bawah RM 1000, anda boleh mendapatkan peranti dengan pemproses yang laju, dioperasikan oleh Android terkini, serta hadir dengan fungsi pengimbas cap jari untuk mereka yang mementingkan keselamatan data di dalam peranti.
Bukan itu sahaja, kehadiran beberapa aplikasi lain seperti Phone Assist, News Republic, lensa penggambaran 13 Megapiksel dengan sensor Sony IMX 258 serta kamera depan 8 Megapiksel untuk penggambaran selfie dilengkapi LED flash yang membolehkan anda mengambil gambar di dalam kawasan yang kurang pencahayaan juga dilihat satu kelebihan buat peranti bawah RM 1000.
Lebih menarik, dengan harga mampu milik, anda boleh memiliki smartphone dengan RAM sebesar 3GB dan memori dalaman berkapasiti 32GB yang sesuai untuk mereka yang gemar bermain permainan HD di dalam smartphone. Kepada yang masih tercari-cari smartphone dengan fungsi sebegini, Wiko Upulse boleh boleh dipertimbangkan!









