
Rentetan daripada pelancaran siri CPU Intel generasi kesembilan sehingga model Core i7-9750H dan kad grafik NVIDIA GeForce terbaru, begitu banyak pengeluar laptop berlumba-lumba mengemaskini peranti masing-masing. Lenovo pun tidak mahu ketinggalan apabila mengumumkan siri laptop gaming Lenovo Legion juga telah menerima kemas kini menarik.

Lenovo Legion Y740
Lenovo Legion Y740 hadir dengan spesifikasi yang luar biasa. Model hadir dengan dua pilihan saiz skrin iaitu 15″ atau 17″ bersama resolusi Full HD (1920 x 1080) dan kadar segar semula sepantas 144Hz.

Menariknya, Lenovo Legion Y740 dilengkapi Dolby Vision dan Dolby Atmos untuk kualiti paparan serta audio yang terbaik. Di samping itu , ia turut dilengkapi sistem pencahayaan RGB Corsair iCue.
Enjin dalaman, Lenovo Legion Y740 dikuasai CPU Intel generasi kesembilan Core i7-9750H, memori DDR4 32GB, storan SSD dan pilihan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2080 Max-Q atau NVIDIA GeForce GTX 1660 Ti.
Lenovo Legion Y545 & Lenovo Legion Y7000 SE
Lenovo Legion Y545 sangat menarik kerana ia dibina dengan rekaan yang nipis dan padat. Rangka laptop diperbuat daripada aluminum sekaligus menjadikannya kelihatan sangat premium. Lenovo Legion Y545 dikuasai CPU Intel generasi kesembilan, memori DDR4, storan SSD dan pilihan grafik NVIDIA GeForce RTX 2060 atau NVIDIA GeForce GTX 1660 Ti dan GTX 1650.

Seterusnya, Lenovo Legion Y7000 SE. Komputer riba ini membawakan spesifikasi lebih kurang sama seperti Lenovo Legion Y545. Namun, yang membezakan antara kedua-duanya adalah paparan skrin berukuran 15″ dengan kadar semula 144Hz.

Lenovo Legion Y540
Lenovo Legion T540 hadir dengan dua pilihan saiz skrin iaitu 15″ dan 17″ bersama resolusi Full HD. Enjin dalaman dikuasai CPU Intel generasi kesembilan dan pilihan grafik NVIDIA GeForce RTX 2060 atau NVIDIA GeForce GTX 1660 Ti dan GTX 1650 Ti. Model ini juga dilengkapi sistem penyejukan Lenovo Legion Coldfront menggunakan dua kipas penyejukan.

Lenovo IdeaPad L340
Lenovo IdeaPad L340 dikuasai CPU Intel generasi kesembilan dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1650. Model ini juga hadir dengan dua pilihan saiz skrin iaitu 15″ atau 17″ bersama resolusi Full HD. Difahamkan, komputer riba ini sesuai dengan keperluan semua kerana dijangka tampil denga penawaran harga mampu milik.

Buat masa ini, tiada sebarang maklumat mengenai ketersediaan siri laptop gaming ini untuk pasaran tempatan. Bagi yang berminat, sama-sama kita tunggu dan kekal bersama eRing untuk info lanjut!

