EA Origin Access Kini Bole Diakses Di Malaysia

Origin-Access-Games

Origin Acces diperkenalkan syarikat Electronic Arts sebagai perkhidmatan stor permainan atas talian dengan konsep langganan bulanan. Ia baru sahaja dilancarkan pada awal tahun ini di negara-negara terpilih. Kini pemain permainan komputer tegar di Malaysia berpeluang menggunakan servis Origin Acces kerana ia secara rasminya telah beroperasi di Malaysia.

Bagi mereka yang berminat dengan servis ini, anda perlu membayar USD 6.45 (RM 19.03) untuk mengakses pelbagai judul permainan komputer. Selain itu anda juga bakal menikmati kelebihan dengan akses awal permainan sebelum ianya dilancarkan secara rasmi. Buat masa kini terdapat lebih kurang 15 judul permainan yang sangat menarik seperti FIFA 15, Battlefield, Need for Speed Rivals, dan pelbagai permainan lain. Untuk melanggan Origin Access, anda bolehlah melayari laman web https://www.origin.com/en-sg/store/origin-access

You might also like