ZTE Small Fresh 5 – Kecil Tetapi Hadir Dengan Dwi Kamera

ZTE telah mengumumkan sebuah lagi peranti model Small Fresh 5 yang hadir dengan paparan bersaiz 5 inci 1280 x 720p jenis IPS. Walaupun didatangkan dengan kerangka badan yang kecil, tidak bermakna sistem dwi kamera tidak boleh diletakkan.

Jadi, apa yang telah dilakukan oleh ZTE ini, mereka menyediakan kamera 13 Megapiksel disamping 2 Megapiksel yang mampu merakam gambar bokeh. Di bahagian depan pula, kamera 5 Megapiksel melengkapkan ciri swafoto kepada pengguna.

Small Fresh 5 dihidupkan dengan pemproses Snapdragon 425 empat teras, RAM 3GB atau 4GB, storan dalaman 16GB atau 32GB dan juga menyokong slot kad microSD sehingga 128GB. Selain itu, bateri berkapasiti 2,500mAh menyalurkan kuasa kepada sistem operasi Android 7.1 Nougat yang dibantu antaramuka MiFavor. Pengimbas cap jari yang terletak pada bahagian belakang melengkapkan fungsi pada telefon pintar ini.

ZTE Small Fresh 5 dijual pada harga CNY999 (RM626) untuk versi 3GB/16GB, sementara CNY1,399 (RM877) untuk versi 4GB/32GB. Warna pilihan yang diberikan adalah Dark Night Gray, Ellegent Gold, Glacier Blue dan Green.

You might also like