
Siap Sedia! Super Mario Akan Tiba Disember Ini!
Perhatian! Perhatian! Peminat Super Mario semua! Pada bulan hadapan, atau lebih tepatnya pada tarikh 15 Disember nanti, anda semua boleh mula memuat turun permainan Super Mario Run pada peranti iOS. Super Mario Run adalah permainan official pertama Super Mario Bros untuk platform mobil. Ia ditawarkan pada harga USD US$9.99 (RM43.70).
Kalau takut terlupa, anda boleh layari laman web untuk mengaktifkan peringatan muat turun permainan ini pada hari pelancarannya.