
Audiotica
Ramai dikalangan kita yang gemar mendengar muzik kegemaran melalui laman web, tetapi tidak tahu apakah aplikasi yang mampu memenuhi keperluan tersebut? Usah risau, kini anda bebas mendengar pelbagai lagu kegemaran yang diinginkan menerusi aplikasi terbaru yang boleh dimuat turun di Windows Store iaitu Audiotica. Lebih menarik lagi, anda boleh mendengar berjuta-juta track lagu dari pelbagai artis di seluruh dunia. Malah ia turut menawarkan audio berkualiti HD terus dengan hanya menggunakan smartphone kesayangan sahaja.
Jika lagu yang ingin didengar tiada dalam senarai tersebut, Audiotica akan mengimportnya untuk anda. Aplikasi ini 99% lebih cepat dan mampu menjimatkan lebih daripada 70% jangka hayat baterinya. Selain itu, anda juga boleh mendengar muzik terus dari Deezer, Last.FM, Spotify serta SoundCloud.
Muat Turun
- RM 0
- 21.76 MB
- Windows Phone 10