Vivo Lancar Peranti Kelas Permulaan Mengagumkan Vivo Y12, Dengan Kapasiti bateri Sebesar 5000mAh

 

Peranti kelas permulaan nyata telah mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Terkini, Vivo baru sahaja melancarkan peranti terbaharunya iaitu Vivo Y12 semalam. Peranti yang dilancarkan di India ini pastinya memberikan spesifikasi yang menarik.

Jika dilihat dari aspek paparannya, ia dihadirkan dengan 6.35 inci LCD HD+ bertakuk yang mana nisbah skrin ini adalah 19.3:9. Lebih menarik apabila ia dikuasakan oleh cip pemproses MediaTek Helio P22. Sistem operasi Android 9 Pie digunakan bagi memudahkan Funtouch OS 9.

Aspek memori turut tidak mengecewakan apabila ia dihadirkan dengan 4GB RAM dan 64GB ROM yang memberikan kelebihan buat pengguna. Aspek Kamera turut baik bagi kelasnya apabila ia tampil dengan 13MP + 8MP + 2MP bagi kamera belakang dan 8MP bagi kamera hadapan.

Ini yang sangat mengejutkan apabila tampil dengan kapasiti bateri yang sangat iaitu 5000 mAh (mikro USB). Sistem keselamatan juga menarik apabila ia tampil dengan pengimbas cap jari di bahagian belakang. Ia bakal dijual pada harga INR 12,490 (kira – kira RM 743) dengan 2 varian warna iaitu Aqua Blue dan Burgundy Red.

You might also like