
Kekal berhubung apabila berada di luar negara kini amat penting, terutamanya apabila anda melancong sebagai sebuah keluarga. Sama ada untuk mendapatkan lokasi, menempah kenderaan, atau terus berhubung melalui media sosial, mempunyai akses data bagi semua ahli keluarga apabila berada di luar negara sesuatu yang penting.
Menyedari keperluan untuk menjadikan perayauan lebih mudah bagi keluarga, Maxis hari ini memperkenalkan FamilyRoam, yang mengupayakan semua pengguna talian perkongsian (Share Line) dibawah Pelan MaxisONE dan MaxisONE Prime untuk menikmati perayauan tanpa had percuma di mana-mana negara Asia Tenggara.
Salah seorang ahli keluarga perlu mengaktifkan pas MaxisONE World untuk RM38/sehari, kemudian boleh menggunakan perayauan di negara-negara ini sama seperti menggunakan pelan mudah alih mereka di Malaysia. Setiap pengguna, sama ada pada talian utama atau perkongsian, akan mempunyai akses kepada panggilan antarabangsa dan SMS tanpa had, serta menggunakan DataPool mereka tanpa had.
Pelan Maxis FamilyRoam ini boleh digunakan di 9 negara Asia seperti Brunei, Thailand, Indonesia, Singapura, Laos, Kemboja, Filipina, Vietnam dan juga Myanmar. Untuk mengetahui lebih lanjut boleh layari laman Maxis FamilyRoam.

