Tak Ada Alasan Lupa Kereta Parking Mana Selepas Ini

Googel Maps baru sahaja menerima kemas kini di mana anda kini boleh menandakan lokasi kereta diletakkan, fungsi ini ditawarkan di dalam Google Maps versi 9.49.

Dalam aplikasi, anda cuma perlu tap lokasi di mana anda berada dan tandakan ia sebagai lokasi kereta diletakkan. Anda akan melihat lokasi parking anda ditandakan sebagai P di dalam peta. Anda juga boleh menambah informasi penting seperti gambar dan juga masa tiket parking anda aktif dengan tap pada bar “Parking Location” dan masukkan informasi tersebut secara manual. Informasi masa tiket parking aktif akan dipaparkan pada tetingkap notifikasi.

Hah…Tak ada alasan lupa kereta parking mana selepas ini

 

You might also like