
Perhatian pengguna siaran TV Digital myFreeview! MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) akan melakukan kerja-kerja penyusunan semula frekuensi siaran TV digital myFreeview bagi pemancar Bukit Besi dan Menara Kuala Lumpur pada 11 Feb dan 13 Feb 2020.
Penyiaran TV digital menggunakan 2 frekuensi di setiap stesen pemancar, dan proses penyusunan semula frekuensi ini hanya melibatkan perubahan kepada frekuensi kedua sahaja.
Kerja penyusunan semula akan dilakukan di antara jam 1.00 pagi sehingga 6.00 pagi di stesen pemancar terpilih, seperti berikut:
No | Tarikh | Stesen Pemancar | Frekuensi Lama | Frekuensi Baharu | ||
Frekuensi Pertama | Frekuensi Kedua | Frekuensi Pertama | Frekuensi Kedua | |||
1 | 11/02/2020 | Bukit Besi | CH45 (666MHz) | CH49 (698MHz) | CH45 (666MHz) | CH43 (650MHz) |
2 | 13/02/2020 | Menara KL | CH45 (666MHz) | CH49 (698MHz) | CH45 (666MHz) | CH43 (650MHz) |
Pastikan anda meletakkan dekoder atau TV berintegrasi digital (IDTV) di dalam keadaan “standby mode”, dan sekiranya mengalami masalah penerimaan siaran selepas kerja-kerja penyusunan frekuensi, anda perlu melakukan PENALAAN SEMULA dekoder atau IDTV bagi mendapatkan frekuensi yang baharu.
Anda boleh semak senarai frekuensi baharu melalui laman rasmi MYTV Broadcasting.