Huawei Bakal Melancarkan Peranti Pintar Gaming – Kata Jim Xu, Presiden, Pemasaran dan Jualan Huawei

972
- Iklan -

Semasa kunjungan ke Huawei di China, kami berpeluang menghadiri satu sidang media khas bersama Jim Xu, Presiden Pemasaran dan Jualan Huawei. Menurut beliau, peranti gaming akan menjadi trend seterusnya dan sekaligus mendedahkan kepada kami bahawa pihak Huawei akan melancarkan peranti pintar gaming mereka pada tahun ini.

Pendedahan ini sebenarnya sangat menarik perhatian para media dalam sidang tersebut, tetapi Jim Xu tidak berkata banyak mengenainya selain info skrin besar akan dibekalkan. Namun begitu, permainan bakal menjadi isu penting dalam penghasilan sesuatu peranti, ini dapat disahkan melalui niat mereka dalam menghasilkan GPU Turbo untuk menjaminkan pengalaman permainan yang lebih lancar dan berkuasa.

Tambahan Jim Xu, kemas kini GPU Turbo pada peranti Huawei sedia ada akan ditawarkan secara berperingkat pada masa akan datang. Buat masa ini, siri MediaPad M5 menjadi tablet pertama yang datang sekali dengan sokongan GPU Turbo dan tablet ini telah pun dilancarkan secara rasmi semalam.

https://ering.com.my/2018/07/huawei-mediapad-m5-diperkenalkan-dengan-dua-varian-berharga-rm1499-rm1899/